berita

‘Memang Staf Ada Akses Personal IG Noor Kartini’ – Rosix

May 31st, 2021 | by Amat
Kini Trending

Pengurus media sosial kepada usahawan Datin Noor Kartini telah pun tampil membuat permohonan maaf kerana didakwa memuat naik sebuah posting mempertikaikan sistem perlembagaan di Malaysia menggunakan akaun IG ibu kepada Neelofa itu.

Artikel berkaitan: ‘Gambar & Tulisan Asal Bukan Dari Penulisan Saya’ – Pekerja Ibu Neelofa

Artikel berkaitan: Persoal Kuasa Sultan Johor, Mak Neelofa Dakwa Pengurus Media Sosial Yang ‘Update’ IG Story

Susulan itu, personaliti media sosial iaitu Rosix Omar membuat pendedahan di Instagram Live dengan memaklumkan ada beberapa staf yang mempunyai akses akaun Instagram Datin Noor Kartini.

Penulisan itu bukan dari dia

Rosix yang merupakan kenalan rapat kepada keluarga Neelofa itu memaklumkan perkara tersebut di IG Live sewaktu diajukan soalan demikian dari netizen. Sementara itu, Rosix turut mendedahkan akaun Instagram Datin Noor Kartini dijaga oleh pekerjanya bagi mengelak dari terlupa kata laluan atau sebaliknya.

Benda kemaskini tu bukan dia buat, staf dia yang buat. Benda tu bukan Noor Kartini buat. Macam ni, mereka memang ada akses untuk Instagram bos-bos mereka. Memang benda tu basic.

Ya, anda kena percaya benda tu buka Noor Kartini yang buat. Penulisan itu pun bukan daripada dia. Memang kakitangan ada akses personal Instagram. Rosix sendiri pun ada orang jaga sebab takut lupa password.

Video IG Live

@oijomRosix antara orang yang rapat dgn family Neelofa! Dia juga rapat dgn Datin Kartini… #fyp? #neelofa #spillingthetea? original sound – OiJom

Sumber: Astro Gempak

SKIP THIS AD ×