berita

Menyesal Hisap Syabu, Nia Ramadhani Menangis Mohon Maaf, Sedih Setiap Kali Tengok Video Anak-Anak

July 12th, 2021 | by Shahira
Isu & Kontroversi

Foto: Youtube Kompas TV

Seperti yang kita sedia maklum, pelakon Sinetron terkenal iaitu Nia Ramadhani dan suami, Ardiansyah Bakrie telah ditahan oleh pihak polis akibat penggunaan dadah jenis syabu.

Artikel Berkaitan: ‘Mereka Mangsa, Cuma 0.78g Bukti Syabu’ – Nia Ramadhani & Suami Menyesal, Mohon Maaf Kepada Rakyat Indonesia

Artikel Berkaitan: Polis Sahkan Nia Ramadhani, Suami Positif Dadah Jenis Syabu.. Pemandu Yang ‘Kantoikan’

Terbaru, pelakon jelita ini tampil di sebuah sidang media untuk membuat permohonan maaf kepada orang ramai terutamanya buat ahli keluarga.

Nia Ramadhani minta maaf

Foto: Youtube Kompas TV

Menerusi video yang dikongsikan di Youtube Kompas TV memaparkan Nia Ramadhani bersama suami disisi dan beberapa anggota polis yang bertugas telah tampil meminta maaf dan mengakui kesalahannya mengambil syabu. Bukan itu sahaja, Nia dan suami juga menyesal dengan penglibatan mereka dalam najis dadah.

Tetapi apa yang menarik perhatian ramai apabila pelakon terkenal ini tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata saat meminta maaf terhadap ahli keluarga dan anak tercinta. Jelas Nia lagi, sepatutnya mereka berdua sebagai ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik terhadap anak-anak.

Dengan kerendahan hati saya memohon maaf perbuatan ini kepada semua pihak khususnya keluarga, sahabat yang sudah menaruh kepercayaan kepada saya.

Saya Nia Ramadhani Bakrie mengaku bahawa apa yang saya lakukan tidak sepatutnya menjadi contoh yang baik kepada orang awam. Saya seharusnya memberikan contoh yang baik untuk anak dan orang-orang di sekeliling saya.

Menangis tengok video anak-anak

Sementara itu, Menurut Wa Ode Nur Zainab iaitu peguan Nia memaklumkan apa yang membuatkan pelakon itu lebih sedih apabila mengenangkan dirinya tidak dapat berjumpa dengan anak-anaknya dalam tempoh yang agak lama. Oleh kerana itu, setiap kali apabila Nia melihat video anak-anaknya, dia akan menangis.

Menurut sumber, Nia Ramadhani, suami dan pemandu peribadi mereka telah dihantar ke sebuah pusat pemulihan dadah. Menurut Wa Ode, tindakan tersebut diambil selepas kesemua mereka menerima cadangan Badan Narkotika Nasional (BNN) untuk melalui proses pemulihan. Meskipun begitu, sumber tidak memberitahu secara terperinci dimana lokasi pusat pemulihan Nia, suami dan pemandu peribadi mereka.

Video


Sumber: Kompas TV, Hot Detik, Insertive TV

SKIP THIS AD ×