berita

Minggu Depan Kahwin, Gadis Cekal Tunang Minta Putus & Sempat Beri Alasan ‘Tak Boleh Tinggalkan BFF Perempuan Dia’

March 17th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Tanggal 22/3/2022 (Selasa) mungkin menjadi satu tarikh yang tidak dapat dilupakan oleh seorang gadis selepas tunangnya dipercayai meminta untuk memutuskan perhubungan tersebut setelah persiapan yang rapi menuju hari bahagia telah dilakukan. Semoga terus kuat!

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Segala Persiapan Rapi Dah Siap Nak Akad Nikah, Gadis Sebak & Cekal Bila Dapat Tahu…

Artikel Berkaitan: Persiapan Majlis Kahwin 100% Dah Siap, Gadis Akur Kena ‘Cancel’ – ‘Sedekah Barang Goodies Untuk Orang Kampung’

Artikel Berkaitan: Sempat Buat Countdown Menanti Hari Bahagia, 16 Jam Sebelum Nikah…Bakal Suami Dijemput Ilahi

‘Alhamdulillah Allah dah tunjuk sebelum nikah’

Menerusi video pendek dikongsi gadis cekal di platfom TikTok, menceritakan dia sudah bertunang pada Februari yang lalu (19/2/2022) dan majlis pernikahannya akan berlangsung pada Selasa depan (22/3/2022).

Ujarnya pemilik video ini lagi, banyak pihak yang menaja bagi persiapan majlis tersebut bagi meringankan beban pihak pengantin lelaki.

Baju nikah, veil, crown, kasut nikah, bunga tangan, kanopi, MUA dan inai semua orang dah sponsor.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan dipercayai meminta putus berikutan tidak boleh meninggalkan kawan baik perempuannya dan gadis ini turut percaya apa yang berlaku ada hikmahnya.

Tapi tunang minta putus sebab tak boleh tinggalkan best friend forever (BFF) perempuan dia. Alasan pernah sama susah sama-sama dulu.

Sampai cakap aku guna alasan papa meninggal sebab nak nikah. Tak apa aku percaya ada hikmah semua ini.

Alhamdulillah Allah dah tunjuk sebelum nikah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan kata-kata semangat kepada gadis ini supaya terus cekal mendepani hari-hari yang mendatang dan dipermudahkan segala urusan.

Video penuh:

@senroseniboss Setuju tak kalau lelaki dan perempuan tak boleh jadi kawan baik? #fyp #fyp? #fypage ? original sound – SenroseNiBoss

@senroseniboss Kalau rasa tak boleh tinggalkan bestfriend, tak payah lah kahwin kan? #fyp #fyp? #foryoupage ? original sound – ælya

Semoga terus kuat!

Sumber: SenroseNiBoss

SKIP THIS AD ×