Dikenali dengan video masakan ‘mudah, cepat dan sedap’, selebriti media sosial, Khairul Aming menjadi tumpuan warganet terutama menjelang bulan Ramadan.
Bukan itu sahaja, setiap resepi yang dihasilkan pasti memikat selera ramai. Berikutan daripada itu, OhBulan! kongsikan 10 kompilasi video ‘air tangan’ Khairul Aming yang berjaya mencecah lebih 5 juta tontonan di TikTok.
Artikel Berkaitan: Khairul Aming Teruja Tercalon TikTok Awards 2023, Harap Lebih Ramai Lagi Jadi ‘Content Creator’
1. Ayam Kewpie
@khairulaming Ayam Kewpie campur Sambal Nyet. Combination yang sangat sedap dan kick. Korang boleh try, simple je guna air fryer ? #makanlokal #sambalnyet
2. Rendang seekor ayam
@khairulaming Puasa ke-27 : Rendang 1 Ekor Ayam. Korang boleh guna resepi ni untuk masak malam raya nanti. Masak lama sikit baru cantik rendang tu pecah minyak. Untuk resepi ni aku nak ajak @Hazwan Ramli @Iman Rashid @Mas Rio – CEO of Bro untuk cuba masak kat rumah raya nanti. Kalau korang ada buat video masak jangan lupa guna hashtag #inspirasiramadan #bukapuasa okeh! Selamat Hari Rayaa ?
3. Daging dendeng
@khairulaming Puasa ke-24 : Daging Dendeng. Ini salah satu resepi yang paling ramai orang mintak. Tolong la buat raya nanti sebab rasa dia sedap sangat ?? Untuk menu hari ni aku nak ajak @Firdaus Yasin @Nasi Ayam Mak Chili @fathihussein untuk cuba buat kat rumah. Kalau korang ada buat video masak jangan lupa guna hashtag #inspirasiramadan #bukapuasa okeh ?
4. Roti Puri
@khairulaming Puasa ke-15: Roti Puri Cicah Sardin Tumis. Senang sangat nak buat roti puri kat rumah, boleh cicah macam-macam ? Untuk resepi hari ni aku nak ajak @Hazwan Ramli @fathihussein @kemey untuk cuba resepi ni. Kalau korang ada buat video masak jangan lupa guna hashtag #InspirasiRamadan #BukaPuasa okehh ??
5. Chocolate ala ROYCE
@khairulaming Puasa ke-14 : Chocolate ala ROYCE. Senang sangat nak buat sebab pakai 4 bahan je ? Tolong la buat sebab sedap sangat. Untuk resepi hari ni aku nak ajak @azfarheri @kemey @fathihussein untuk cuba resepi ni. Kalau korang ada buat video masak jangan lupa guna hashtag #InspirasiRamadan #BukaPuasa okehh ??
6. Ayam Masak Bali
@khairulaming Puasa ke-13 : Ayam Masak Bali. Rasa dia mcm dia kahwinkan ayam masak merah dengan ayam masak kicap. Sedap sangat ? Untuk resepi ni aku nak ajak @Annama1ia @Hazwan Ramli @Nxa.co untuk cuba. Korang jangan lupa buat video masak and guna hashtag #InspirasiRamadan #BukaPuasa okeh ?
7. Creamy Tomyam Pasta
@khairulaming Puasa ke-11 : Creamy Tomyam Pasta. Penuh dengan rasa kick, pedas, creamy semua ada. Nak buat pun senang ? Untuk resepi hari ni aku nak ajak @isaac osman @azfarheri @Nasi Ayam Mak Chili untuk cuba menu ni. Kalau korang ada buat video masak jangan lupa guna hashtag #InspirasiRamadan #BukaPuasa okehh ?
8. Agar-agar buah
@khairulaming Puasa Day 4 – Agar-agar buah. Seriously sedap makan sejuk-sejuk ?? Rasa buah fresh tu memang sedap buat dessert berbuka. Untuk resepi hari ni aku nak ajak @Nuar Yusli @azfarheri @kemey buatkan. Korang jangan lupa buat video masak and guna hashtag #InspirasiRamadan #BukaPuasa okeh ??
9. Cencaru Sumbat Sambal
@khairulaming Puasa Ke-3 : Cencaru Sumbat Sambal + Sayur Masak Lemak. Makan dengan nasi putih memang perghh terangkat. Hari ni aku nak ajak @isaac osman @Nuar Yusli @teroqa masak menu ni hehe. Korang blh buat video masak jgk and guna hashtag #InspirasiRamadan #BukaPuasa okeh ?
10. Kerabu Maggi Thai
@khairulaming Mengidam nak makan kerabu maggi thai so jom kita buat. Ada rasa masam, pedas, kick semua ada. Kecur air liur ?? #makanlokal #masukberanda
Untuk makluman semua, Khairul Aming tercalon bagi kategori Creator Of The Year di TikTok Awards Malaysia 2023 yang bakal diadakan pada 27 Ogos 2023, bertempat di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur. Jadi para peminat boleh mengundi Khairul Aming dan pencipta kegemaran korang yang lain di laman sesawang berikut https://vt.tiktok.com/ZSL9kXUe5/
Acara Utama TikTok Awards akan dihoskan oleh Izzue Islam, Sherry Alhadad dan Amelia Henderson, manakala acara ‘Red Carpet’ akan dihoskan oleh Ceddy dan Sissy Imann. Detik belakang pentas pula akan dihoskan oleh Jaa Suzuran dan Neeta Manis.
Para penonton juga bakal disajikan dengan persembahan yang mengasyikkan daripada Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Zeppo, DOLLA, Marsha Milan, Ernie Zakri, Alyph dan ramai lagi.
Acara karpet merah akan disiarkan di TV9 pada jam 8.30 malam manakala TikTok Awards Malaysia bersiaran secara langsung di TV3 serta di platform TikTok jam 9.00 malam. Jangan lupa tonton okay!