berita

Najib Kecewa Audio ‘Can I Advise You Something’ Jadi Bahan Bukti Bela Diri Kes Rasuah Rosmah

February 18th, 2021 | by Amat
Isu & Kontroversi

Datin Seri Rosmah Mansor hari ini diperintahkan untuk membela diri di Mahkamah Tinggi atas beberapa tuduhan melibatkan kes rasuah. Sebelum ini, bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) iaitu Latheefa Koya telah membocorkan maklumat berhubung satu rakaman suara mirip Datin Seri Rosmah Mansor dan suaminya, Datuk Seri Najib Razak.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Rakaman Kontroversi Najib Razak Didedahkan SPRM

Artikel berkaitan: ‘Kenapa & Mengapa Didedahkan Tape Ini. Apa Motifnya?’ – Najib Razak

Artikel berkaitan: ‘Seorang Peguam Yang Terlibat Jadi Dalang Disebalik Komplot Ini’ – Latheefa Koya

‘Can I advise you something?’

Terbaru, memetik laporan Sinar Harian, Hakim Mohamed Zaini Mazlan membenarkan rakaman audio perbualan ‘can I advise you something?’ dimasukkan sebagai bukti perbicaraan bela diri kes rasuah isteri kepada bekas Perdana Menteri itu.

Saya tidak boleh menerima hujahan pasukan pembelaan bahawa mahkamah adalah ‘functus officio’ (mahkamah telah menjatuhkan hukuman, oleh itu tidak boleh tukar semula di mahkamah yang sama).

Mahkamah hanya akan berfungsi secara sempurna setelah selesai menjalankan tugasnya.

Tambahnya lagi, mahkamah hanya boleh dianggap sebagai ‘functus officio’ setelah selesai perbicaraan secara rasmi. Sebelum ini, rakaman audio dan transkrip berkenaan dikemukakan oleh pasukan pendakwaan namun, ditolak oleh mahkamah pada 11 Disember 2020 lalu.

Saya kecewa

Sementara itu, bekas Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Najib menerusi perkongsian di laman Facebook meluahkan rasa kecewa dengan keputusan mahkamah apabila membenarkan rakaman audio tersebut dijadikan sebagai bukti kes.

Pasukan peguam isteri saya memberitahu media bahawa mereka sangat kecewa dengan keputusan mahkamah hari ini untuk mengarahkan isteri saya membela diri dan tidak menggugurkan kes.

Peguam juga terkejut dengan keputusan terbaru hakim pagi ini untuk membenarkan rakaman audio didedah Lateefah Koya sebagai bukti kes walaupun dia penah memutuskan untuk menolaknya dalam perbicaraan kes.

Keputusan untuk menolak rakaman audio tersebut sebagai keterangan dibuat semasa perbicaraan pada 11 Dis, dan Zaini berkata ia tidak termasuk dalam Seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman, iaitu penghakiman, hukuman, atau perintah.

Pihak pembelaan kata mereka sangat bimbang dan kecewa dengan pendekatan luar biasa hakim untuk tidak memberi sebarang alasan dan penjelasan bagi keputusannya.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×