Tahun 2024 meraikan penyatuan dua jiwa antara beberapa orang artis dengan pasangan masing-masing.
Ada juga di antara mereka yang memilih untuk menamatkan zaman solo dengan menyembunyikan kisah percintaan namun tetap juga dapat dihidu oleh media dan warganet.
Artikel Berkaitan: #OBWrapped24: Pembun*han Farah Kartini, Faisal Halim Disimbah Asid & Jenazah Bayi Dibekukan Antara Sorotan Tragedi Merentap Emosi Masyarakat
Artikel Berkaitan: #OBWrapped24: 16 Rumah Tangga Selebriti Hancur, Oktober Paling Ramai Bercerai
OhBulan! himpunkan imbasan perkahwinan selebriti dan turut dimeriahkan lagi dengan Istiadat Perkahwinan Diraja yang berlangsung sepanjang tahun 2024.
Atikah Suhaimi
Pada awal tahun 2024, industri hiburan mendapat perkhabaran gembira di atas perkahwinan pelakon Atikah Suhaime bersama seorang ahli perniagaan iaitu Datuk Lokman Teh.
Atikah sebelum itu, berkongsi mengenai hari bahagianya di Instagram selepas memuat naik video majlis pertunangan yang berlangsung secara ringkas di Singapura.
Aktres berusia 33 tahun tersebut kini sedang berbadan dua dan dijangka bersalin pada Mac tahun ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Atikah Suhaime Kini Isteri Ahli Perniagaan Berstatus Datuk, Terima Mas Kahwin RM300
Shakilla Khoriri
Pelakon, Shakilla Khoriri sah bergelar isteri buat kali kedua bersama jejaka pilihannya yang dikenali sebagai Fariz.
Untuk rekod, Shakilla pernah mendirikan rumah tangga dengan penyampai radio, Fizi Ali pada 18 Februari 2018, namun berpisah pada Disember 2021.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ameena Sofia yang kini berusia empat tahun.
Artikel Berkaitan: Shakilla Khoriri & Suami Bawa Anak-Anak Bercuti Di Sapporo, Jepun – ‘Fasa Nak Kenal, Baik & Gaduh Itu Benar’
Syasya Rizal
Sekitar April tahun lalu industri hiburan dikejutkan dengan berita pernikahan bekas anggota kumpulan Dolla iaitu Syasya Rizal bersama jejaka pilhannya iaitu Nasrullah Mohd Sapie.
Sebelum itu, Syasya juga mengumumkan bahawa dia tidak lagi bersama Dolla dan difahamkan keputusan tersebut dibuat atas faktor peribadi.
Untuk info, Syasya baru sahaja selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 23 Disember lalu yang diberi nama Muhammad Yassir Hayyan.
Artikel Berkaitan: Syasya Pilih Kahwin Dari Dolla Jadi Pertikaian, Netizen ‘Back Up’ – Dia Pilih Jannah Daripada Dunia’
Afifah Nasir
Pelakon Afifah Nasir selamat bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Syed Hariz pada 5 Mei lalu selepas mengikat tali pertunangan pada Februari 2024.
Menurut pelakon berusia 31 tahun itu, dia tidak menyangka abang kepada kawan baiknya merupakan jodoh yang dicari selama ini. Pertemuan mereka di sebuah konsert menjadikan hubungan mereka semakin rapat.
Artikel Berkaitan: Afifah Nasir Sah Jadi Isteri Syed Hariz Dengan Sekali Lafaz
Redza Rosli
Hanya dengan sekali lafaz, pelakon, Redza Rosli selamat bergelar suami kepada pelakon baharu, Bella Hanna pada 21 Jun 2024.
Redza atau nama sebenarnya Ahmad Redza Rosli, 32, menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai berjumlah RM3,000 manakala wang hantaran dirahsiakan.
Pada majlis sama, pelakon drama Rindu Yang Terindah turut memberi lima dulang hantaran dan dibalas tujuh daripada pihak Bella.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Redza Rosli Kini Milik Pelakon Baharu, Bella Hanna
Sarah Suhairi
Penyanyi Sarah Suhairi sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya iaitu Aswad Anuar pada 26 Jun 2024.
Dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Barern Hill, Hulu Langat itu, Sarah menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas bernilai RM2,486 namun, jumlah hantaran dirahsiakan.
Sekadar info, Aswad merupakan bapa tunggal kepada tiga cahaya mata. Aswad bercerai pada tahun 2019 dengan bekas isteri sebelum mula berkenalan dengan Sarah setahun kemudian.
Sean Lee
Pelakon dan pengacara, Sean Lee akhirnya menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihannya iaitu Bay Doucet.
Sean berkongsi gambar hari bahagianya bersama Bay menerusi laman Instagram, sekaligus mengumumkan perkahwinan mereka pada 7 Julai lalu.
Majlis perkahwinan pasangan itu diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga dan teman rapat.
Artikel Berkaitan: Sean Lee Tak Perlu Bermewah, ‘Celebrate Birthday’ Isteri Hanya Lepak Di Raub – ‘Terima Kasih Sebab Hadir Dalam Hidupku!’
Jue Aziz
Tiada angin, tiada ribut, pelakon Jue Aziz umum kembali bergelar isteri selepas lima tahun bercerai. Jue dan suaminya yang dikenali sebagai Ridwan telah selamat diijabkabulkan pada 18 Ogos lalu.
Untuk info, Jue mendirikan rumah tangga pada 2014 bersama pemuzik dari Indonesia iaitu Bayu Parman namun bercerai pada 2019.
Mereka tidak dikurniakan cahaya mata namun mengambil seorang anak angkat yang bernama Darwish Naufal, 11.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jue Aziz Kembali Bergelar Isteri, Kongsi Momen Perkahwinan Di Instagram
Ina Naim
Dengan sekali lafaz, balu kepada penyanyi Suhaimi Saad iaitu Ina Naim sah bergelar isteri kepada Mohd Khairul Rizal dalam majlis pernikahan yang berlangsung pada 8 November 2024.
Ina bergelar ibu tunggal selepas Suhaimi yang juga bekas penyanyi kumpulan nasyid In-Team, meninggal dunia pada 15 November 2023.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.
Pada masa sama, Khairul juga seorang duda dan mempunyai dua orang anak yang berusia 12 tahun dan 10 tahun.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ina Naim Tak Pandang Nilai Nafkah Daripada Suami – ‘Yang Batin Penting, Zahirnya Tengok Kemampuan’
Selebriti Indonesia
Selain artis tempatan, perkahwinan selebriti dari negara seberang juga turut mendapat perhatian warganet berikutan mereka juga menempa nama di negara ini.
Antara yang menyorot perhatian adalah penyatuan hati dua penyanyi popular, Mahalini dan Rizky Febian yang selamat bernikah pada 10 Mei lalu.
Manakala sekitar Oktober tahun lalu, pelakon yang terkenal menerusi filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wick, Pevita Pearce pula selamat bernikah dengan anak kepada Pengerusi Eksekutif Habib Group, Datuk Seri Meer Habib iaitu Mirzan Meer.
Artikel Berkaitan: Dah 6 Bulan Kahwin, Rupanya Pernikahan Mahalini & Rizky Febian Tidak Sah
Perkahwinan Diraja
Tahun 2024 juga merakamkan memori indah perkahwinan diraja dan rakyat pula berkesempatan untuk menyaksikan majlis gilang gemilang penuh dengan adat istiadat.
Antara yang menjadi perhatian ramai adalah perkahwinan putera kacak daripada negara Brunei, Pangiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah yang selamat bernikah dengan pasangannya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah pada Januari 2024.
Selain Putera Mateen, Kesultanan Pahang juga telah mengadakan dua Istiadat Perkahwinan Diraja iaitu pernikahan Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan pasangannya, FD Idzham FD Iskandar pada Ogos lalu.
Manakala kekanda Tengku Puteri Afzan iaitu Putera Diraja Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah bersama isterinya Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan pula melangsungkan perkahwinan mereka sekitar Oktober 2024.
Artikel Berkaitan: Putera Mateen, Dayang Anisha Selamat Diijab Kabul