Gambar sekadar hiasan
Seorang gadis di Indonesia berdepan detik hitam apabila dirogol teman lelakinya secara bergilir-gilir bersama rakan serumah dalam sebuah kejadian pada Selasa (19/9/2023).
Artikel Berkaitan: Hutang Dipercayai Punca Wanita Dirogol Bergilir-Gilir 5 Rakan Abang Ipar
Dirogol bergilir
Memetik laporan Detik News, sebelum kejadian, remaja wanita yang berusia 14 tahun bertindak melarikan diri dari rumah dan menghubungi teman lelakinya. Kemudian, suspek membawa mangsa ke rumah sewa yang didiami bersama rakan serumah.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis iaitu Hadi Kristanto berkata, mangsa yang sedang tidur ketika itu kemudian dirogol teman lelakinya dan berjanji akan bertanggungjawab terhadap mangsa. Rakan serumahnya yang menyaksikan kejadian itu turut serta merogol mangsa.
Mangsa bagaimanapun enggan, namun pelaku terus menggodanya dan akan bertanggungjawab kepada mangsa jika berlaku apa-apa. Selepas itu, pelaku melakukan hubungan seks dengan mangsa.
Pelaku melakukan perbuatan lucah ke atas mangsa, kemudian rakan teman lelakinya turut bergilir-gilir melakukan persetubuhan dengan mangsa.
Selepas kejadian itu, mangsa bergegas pulang ke rumah dan melaporkan kepada ibunya dengan mengakui bahawa dia menyesal meninggalkan rumah bersama suspek. Susulan daripada insiden itu, keluarga mangsa telah tampil membuat laporan polis.
Sumber: Detik News