berita

Pemandu Dedah Tahu Macam-Macam Rahsia Nia Ramadhani, Dibayar Upah Tutup Mulut

July 21st, 2021 | by Amat
Kini Trending

Pelakon Sinetron Indonesia iaitu Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakrie telah ditahan oleh pihak polis tempatan atas kesalahan didakwa memiliki dadah jenis syabu. Turut terlibat dalam kes ini seorang pemandu peribadinya yang telah ditahan di sekatan jalan raya sebelum mengakui membawa syabu seberat 0.78 gram yang ditemui di dalam kereta itu adalah milik Nia Ramadhani.

Artikel berkaitan: ‘Ya, Ada Barang Bukti’ – Nia Ramadhani, Suami Ditahan Polis Terbabit Kes Dadah

Artikel berkaitan: Polis Sahkan Nia Ramadhani, Suami Positif Dadah Jenis Syabu.. Pemandu Yang ‘Kantoikan’

Artikel berkaitan: Nia Ramadhani, Suami Akui Ambil Dadah Sejak 5 Bulan Lalu Sebab Tekanan Kerja

Terbaharu, menerusi laporan Kapan Lagi, pemandu peribadi kepada pelakon tersebut adalah Ivan mendedahkan Nia Ramadhani tidak membayar gaji bulanan kepadanya tetapi mampu untuk memberi upah menghantar pelakon itu ke kelab malam.

‘Ada upah tutup mulut’

Foto: Kapan Lagi

Difahamkan, Ivan yang sudah 18 tahun berkhidmat dengan Nia mengakui sering menghantar majikannya itu ke kelab malam sehingga awal pagi dan dia tahu segala aktiviti pelakon itu.

Tambah Ivan, sejak Nia berusia 13 tahun dia sudah diberi tanggungjawab untuk menghantar Nia Ramadhani ke set penggambaran atau mana-mana acara hiburan. Dia telah mengetahui banyak perkara dan rahsia mengenai pelakon sinetron itu.

Ada upah tutup mulut. Hakikatnya setiap hari dia ada penggambaran.

Ujarnya lagi, dia bagaimanapun rela tidak dibayar gaji oleh majikannya selama sebulan meskipun mengetahui Nia Ramadhani terlibat dengan banyak aktiviti penggambaran sinetron.

Sumber: Kapan Lagi

SKIP THIS AD ×