Foto: Harian Metro
Baru-baru ini tular foto di media sosial gambar seorang penghantar makanan memakai seluar mirip dengan seluar anggota trafik dan didakwa sedang melakukan kerja sambilan sebagai penghantar makanan
Artikel berkaitan: ‘Cepat Sebelum Aku…’ – Pelanggan Ugut Bunuh Makanan Lambat Sampai, Ingat Rider Hina Sangat Ke?
Artikel berkaitan: Rider Terkejut Dapat ‘Upah’ RM1k, Pelanggan Minta Doakan Supaya Cepat Dapat Zuriat
Artikel berkaitan: ‘Rider Pun Takut Kalau Nak Hantar Makanan Dekat Kawasan Rumah Macam Ini’
Dia bukan Polis Trafik
Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng menafikan bahawa gambar yang tular itu merupakan anggota trafik yang sedang membuat kerja sambilan sebagai penghantar makanan. Ini kerana seluar yang dipakai mirip pakaian seragam yang dipakai oleh polis trafik
Penghantar makanan yang tular itu telah datang ke IPD Kluang untuk mengesahkan bahawa gambar yang tular itu merupakan gambarnya.
Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan perkara yang tidak disahkan benar sebelum menyemak perkara berkenaan daripada ditularkan,
Asisten Komisioner Low Hang Seng juga turut menyatakan bahawa tindakan boleh diambil kepada sesiapa yang menyebarkan perkara seperti berikut mengikut Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.
Jika sabit kesalahan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya.
Sumber: Harian Metro