berita

Polis Saman Pemandu Lori Bawa Pekerja Kilang Positif Covid-19

June 14th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Facebook

Semalam, viral beberapa foto dan video memaparkan sekumpulan lelaki warga asing yang memakai gelang kuarantin merah jambu telah menaiki sebuah lori. Perkara tersebut secara tidak langsung menimbulkan kemarahan sekaligus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan netizen.

Warga asing gelang pink dalam lori

Foto: Facebook Shahanim Mohamad Yusoff

Dalam perkongsian seorang pengguna Facebook iaitu Shahanim Mohamad Yusoff mengakui terkejut melihat sekumpulan warga asing memakai gelang kuarantin Covid-19 berada di dalam lori di lampu isyarat tol Sungai Petani Utara, Kedah. Lebih membimbangkan apabila mengetahui jumlah kes Covid-19 yang melibatkan pekerja kilang kawasan itu juga agak tinggi.

Sebab saya dok dapat banyak sangat aduan dari pekerja kilang hari ini. Yang ramai positif, habis balik keluarga semua pakat kena ramai. Tapi ada kilang yang pakai gelang pink suruh p kerja. Apa cerita. Hakikatnya kita semua sedih cara majikan bawa depa. Saya sebak tengok awal-awal tadi depa ni dalam lori. Selalu lori macam ni bawa lembu, ayam atau cik ba**. Moga majikan ni ambil iktibar.

Guna lori bawa pekerja positif Covid-19

Foto: Facebook Penang Kini

Berikutan daripada perkongsian yang tular itu, pihak polis telah berjaya mengesan kesemua individu terlibat dan pemandu lori berkenaan. Memetik laporan Berita Harian, penahanan itu dilakukan ketika kumpulan terakhir iaitu 48 orang pekerja kilang pemprosesan ayam di Sungai Lalang, Bedong dalam perjalanan pulang ke asrama mereka yang terletak di Sungai Lalang.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, kesemua mereka baru dipakaikan gelang kuarantin merah jambu berikutan dengan kes positif Covid-19 yang dikesan di kilang terbabit.

135 pekerjanya diarah ke Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Muda bagi dipakaikan gelang merah jambu. Dipercayai majikan kilang berkenaan mengatur tiga kali perjalanan lori terbabit untuk membawa semua 135 pekerja yang positif COVID-19.

Pemandu disaman

Foto: Facebook Penang Kini

Jelasnya lagi, kesemua 48 orang pekerja yang ditahan itu dikesan positif Covid-19 dan diarahkan menjalani kuarantin di asrama. Berikutan daripada itu, pemandu lori telah disaman mengikut Seksyen 23(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menggunakan lesen kenderaan memandu (LKM) bagi tujuan lain.

Kertas siasatan turut dibuka melibatkan pihak pengurusan kilang di bawah Seksyen 22 (b) Akta 342 kerana kesalahan tidak mematuhi perintah dikeluarkan pegawai yang diberi kuasa dan Seksyen 270 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan penyakit berbahaya kepada nyawa.

Sumber: Shahanim Mohamad Yusoff, Berita Harian

SKIP THIS AD ×