Pendakwah selebriti, PU Azman diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun, tahun lalu.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Percaya..Seorang Ustaz Tak Akan Buat Benda Maksiat Seperti Ini’ – Bapa Mangsa
Artikel Berkaitan: ‘PU Azman Suruh Anak Saya Ambil Minyak & Sapukan Di Bahagian Kemaluannya..’ – Ibu Mangsa
Artikel Berkaitan:Saksi Dakwa PU Azman Minta Mangsa Cium, Buat Seks Oral
Diarah bela diri
Menerusi laporan Harian Metro, Hakim Syafeera Mohd Said membuat keputusan itu terhadap PU Azman, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua pertuduhan itu.
Selepas mendengar dan meneliti saksi pendakwaan dan semua bukti dan serta meneliti hujahan pendakwaan, mahkamah memutuskan bahawa pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh atas tuduhan pertama dan tuduhan kedua.
Oleh yang demikian tertuduh diarah untuk membela diri.
Menerusi prosiding yang berlaku hari ini, Syafeera berkata pendakwah itu secara tenang memilih untuk meneruskan perbicaraan dengan memberi keterangan secara bersumpah.
Saya memilih keterangan bersumpah dari kandang saksi.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun di sebuah inap desa di Kampung Sungai Udang, di sini, masing-masing pada 12.15 tengah malam dan 1 pagi pada 20 Februari serta 29 Jun lalu.
Sumber: Harian Metro