Pelakon, Puteri Sarah Liyana menitip pesanan yang begitu menyentuh hati buat rakan selebriti, Bella Astillah menerusi hantaran di Instagram (IG).
Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Berazam Untuk Kurangkan Bercakap & Lebihkan Berdoa Kepada Allah
Pesanan menyentuh hati
View this post on Instagram
Menerusi hantaran tersebut, Puteri Sarah dilihat memuat naik gambar bersama Bella dan anak-anak mereka iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah serta Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Difahamkan, Puteri Sarah dijemput ke rumah Bella bersempena Hari Raya Aidiladha pada Isnin lalu.
Di ruangan kapsyen, pelakon yang terkenal menerusi filem ‘Lu Pikirlah Sendiri de Movie’ ini menitipkan pesan buat Bella yang baru saja diceraikan bekas suami, Aliff Aziz pada 13 Jun lalu.
Sama-sama kita nikmati perjalanannya.
Raih perhatian wargamaya
Hantaran tersebut telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya berdoa agar kedua pelakon itu kuat untuk menghadapi hari-hari berikutnya sebagai seorang wanita berstatus ibu tunggal.
Terdahulu, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah sah bercerai talak satu dengan Aliff di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Sementara itu, Puteri Sarah yang pernah mendirikan rumah tangga Syamsul Yusof disahkan bercerai dengan pelakon dan pengarah itu pada 14 Jun 2023.
Komen netizen
Sumber: Instagram Puteri Sarah Liyana