berita

Reina Diana Dedah Terima Gambar Peha, Pelincir Seks Dari Lelaki Miang ‘Kat Bio Letak Nama Allah’

March 10th, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Penyampai radio Geng Pagi Hot FM, Riena Diana mendedahkan dirinya menerima beberapa kiriman foto berbaur lucah dari individu yang tidak dikenali di Instagram.

Artikel berkaitan: Bapa Kiriman ‘Neraka’ Kurung, Rogol Anak Selama 24 Tahun Di Bilik Rahsia, Sampai Beranak 7 Kali!

Artikel berkaitan: Terima Foto ‘Siput Sedut’ Daripada Lelaki Miang Di IG, Fatin Afeefa Buat Laporan Polis

Artikel berkaitan: Viral Komen ‘Lucah’ Di Facebook Live Menteri Kanan Keselamatan, Ini Penjelasannya…

Hantar foto paha dalam tab mandi

Foto: mStar

Menurut Nur Qamarina Diana Zulreal atau dikenali sebagai Riena Diana, antara gambar diterima ialah gambar  yang menampakkan bahagian paha seseorang yang berada di dalam tab mandi. Bukan itu sahaja, individu tersebut mengirim gambar pelincir seks yang kebiasaannya digunakan dalam hubungan intim.

Kat bio tu elok dah ingat Allah tapi bila dm berbeza betul ye?

Riena Diana juga berasa bahawa lelaki tersebut tidak boleh dilepaskan begitu sahaja kerana bimbang akan menghantar foto yang lebih mengarut dan lebih melampau. Riena Diana juga telah mengambil langkah untuk menyekat akaun instagram lelaki tersebut kerana dia tidak sanggup lagi untuk menerima gambar-gambar berbaur lucah seperti itu.

Dia juga menganggap perbuatan itu sangat keji disebabkan individu tersebut menggunakan nama Allah di bio individu tersebut tetapi berkelakuan buruk.

Sumber: Instagram Riena Diana

SKIP THIS AD ×