berita

‘Rindu Teramat Sangat’ – Ebit Lew Tetap Beri Kejutan Birthday Buat Isteri Walaupun Jauh Di Gaza

June 17th, 2021 | by Amat
Lensa Insta

Meskipun berada jauh di bumi Gaza, pendakwah bebas iaitu Ebit Lew tidak ketinggalan untuk menyambut hari ulang tahun kelahiran isterinya. Bukan hanya mengirimkan hadiah, Ebit Lew juga menitipkan ucapan istimewa buat bidadari kesayangannya.

Artikel berkaitan: Kongsi Foto Selfie Dengan Anak Perempuan, Ramai Panggil Ebit Lew ‘Ayah’

Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Terima Kasih 4 Kali Hampir ‘Mati’ Melahirkan Anak Kita’ – Ustaz Ebit Lew Buat Kejutan Birthday Isteri

Sempat buat kejutan

Di Instagram, Ebit Lew berkongsi sekeping foto isteri kesayangannya bersama sejambak bunga dan sebiji kek pemberian istimewa sempena ulang tahun kelahiran. Pendakwah bebas itu juga memohon maaf kepada isterinya kerana tahun ini tidak dapat menyambut ulang tahun kelahiran bersama-sama di rumah.

Selamat hari lahir bidadariku. Sorry, bidadariku sayang abang tiada di rumah. Masih berada jauh. Syukur sempat buat kejutan buat bidadari. Terima kasih bidadariku. I love you sayangku. Rindu teramat sangat. Terima kasih Allah memberi diriku bidadari yang sangat baik dan dialah penguat diriku. Kerana Allah semuanya menjadi mudah dan indah. Dialah yang temukan kita. Dialah yang akan menjaga hubungan ini sampai syurga insyaAllah. Terima kasih Allah.

Jawapan isteri Ebit Lew

Ebit Lew bagaimanapun bersyukur kerana memiliki seorang isteri yang sangat memahami dan sentiasa memberi sokongan kepada suami.

Sorry ye sayang. Jawab bidadari saya, tak apa abang. Perjuangan abang hadiah terbesar buat sayang. Teruskan perjuangan. Tengok ramai anak kecil susah perlu duit pembedahan. Ramai anak hilang tempat bergantung. Kehilangan rumah dan tiada sesiapa dalam hidup mereka.

Banyak hospital memerlukan bantuan. Berebut-rebut orang minta bantuan. Anak kita ada rumah tempat tinggal Allah bagi. Teruskan abang. Kita kan ada Allah yang sangat sayang kita. Tak pernah lupakan kita. Dia Maha Berkuasa. Anak-anak semua menangis kata. Kasihan anak Palestin ayah. Nanti ayah balik kita jumpa ye. Ayah cerita ye.

Selamat hari lahir bidadariku

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Sumber: Ebit Lew

SKIP THIS AD ×