Di Instagram, rata-rata netizen dilihat memberi semangat buat Bella Astillah berikutan dakwaan suaminya, Aliff Aziz yang didakwa dicekup berkhalwat bersama seorang pelakon di sebuah kondominium mewah pada awal pagi Sabtu.
Artikel Berkaitan: Pelakon Lelaki Berstatus Suami Orang & Aktres Wanita Dicekup Berkhalwat Di Kondominium Mewah?
Artikel Berkaitan: Kakak Pelakon Wanita Popular Datang Ke Kondominium Mewah Selepas Dihubungi
Run Bella run
Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! di ruangan komen, netizen berharap Bella tabah dengan ujian yang melanda. Tambah netizen, Bella layak untuk ‘move on‘ dan ‘angkat kaki‘ daripada ikatan perkahwinan yang dibina. Ujar netizen lagi, mereka bersimpati melihat Bella yang sentiasa memberi peluang buat suami tercinta untuk berubah.
Setakat waktu ini, OhBulan! cuba untuk menghubungi dan menghantar mesej kepada Bella namun, tidak dibalas.
Terdahulu, satu demi satu terbongkar apabila rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebuah kondominium mewah di ibu negara mendedahkan kelibat pasangan pelakon, Aliff Aziz dan Ruhainies.