Sebelum ini, nama pempengaruh media sosial, Nurin Afiqah pernah menjadi bualan ramai gara-gara menelan enam biji suplemen termasuk ‘sunblock’ setiap hari.
Artikel Berkaitan: Telan 6 Biji Suplemen Setiap Hari, Nurin Afiqah Kena ‘Ceramah’ Dengan Netizen – ‘Tak Bahaya Ke Untuk Buah Pinggang’
Artikel Berkaitan: ‘Kesian Dekat Buah Pinggang & Hati Nak Tapis Kotoran’ – Pegawai Kesihatan Tegur Nurin Afiqah Ambil 6 Suplemen Setiap Hari
Ada masalah kesihatan
Ketika ditemui OhBulan!, Nurin menafikan suplemen kesihatan itu untuk kecantikan wajah. Tegas Nurin, 27, dia disaran oleh doktor untuk mengambil pil-pil terbabit untuk kesihatan diri.
Kata aktres tersebut, sekiranya dia tidak mengambil suplemen itu, berkemungkinan boleh dimasukkan ke hospital.
Saya tak salahkan mereka. Saya tahu ia menjadi bahan bualan, malah ada segelintir warganet mengkritik tindakan saya. Saya ada masalah kesihatan yang orang lain tak tahu.
Kenapa saya nak cerita benda tak elok kan? Niat saya kongsi konon hebat la dapat telan banyak.
Tapi tak ada niat nak mempromosikan korang kena banyak suplemen untuk cantik. Saya makan bukan untuk cantik tetapi untuk kesihatan.
Kalau saya tak makan, boleh dimasukkan ke hospital. Jangan risau kerana semua pil yang saya ambil mendapat preskripsi dan nasihat doktor serta pakar perubatan.
Nurin berkata demikian ketika majlis pelancaran Summer To Remember yang diadakan di Majestic Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tak suka negatif
Dalam pada itu, ditanya sama ada terkesan dengan kecaman dan kritikan netizen, pemilik nama Nurin Afiqah Zulkifli enggan mengambil serius serta peduli.
Saya jarang rasa sedih. Bila orang nak hentam saya banyak kali dan saya rasa perkara itu betul.. kenapa saya kena pedulikan apa orang kata?
Saya tahu apa saya buat itu tak menyusahkan hidup orang, tak makan harta orang. Jadi saya still on my ground.
Kalau nak cakap pasal positif, saya boleh borak tiga hari tiga malam. Tapi kalau nak cakap pasal keburukan, saya memang tidak berminat.