Penyanyi Shila Amzah memberi respon terhadap luahan seorang wanita di media sosial yang sedang berdepan masalah dengan keluarga mentuanya.
Artikel Berkaitan: Bapa Kandung Seth Tak Jenguk Anak? Ini Respon Shila Amzah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shila Amzah Kongsi ‘Bungalow Tour’ – ‘Saya Datang Rumah Ni Selalu Rasa Sedih’
Simpati dengan nasib wanita tersebut
Menerusi ciapan di platform X, seorang individu meluahkan rasa kecewa apabila suami dan keluarga mentua memberi layanan yang buruk terhadapnya.
Aku anak yatim jadi keluarga mentua aku layan aku memang macam tak ada mak bapa. Bukan mereka je, suami aku pun. Sebab dia tahu aku bergantung pada dia je.
Aku pernah nangis nak terjun dari tingkat 26 sebab aku sedih diperlakukan seperti itu.
Dalam masa yang sama, wanita itu juga mendakwa suaminya tidak pernah memulangkan barang-barang peninggalan arwah ibunya selain pernah mengadai barang kemas miliknya.
Dulu arwah mak aku ada sikit peninggalan. Habis semua suami aku pinjam tapi tak pulang-pulang. Barang kemas aku semua dia jual. Mak dia tahu tapi mak dia buat-buat buta.
Ciapan tersebut telah meraih perhatian termasuk penyanyi, Shila Amzah.
Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah berasa simpati terhadap nasib yang menimpa wanita berkenaan.
Sedihnya. Kalau tersalah pilih suami dan keluarga suami memang naya hidup.
Sementara itu, pelatun lagu Patah Seribu ini turut menitipkan doa agar wanita tersebut tabah menjalani dugaan yang menimpa.
Semoga diberikan kekuatan kepada individu ini. Allahu.
Sumber: X Shila Amzah