Khas untuk para peminat Sushi King, ada menu baru yang korang boleh cuba! Ikan kisu kini telah mendarat di semua outlet Sushi King Malaysia!
Ikan Kisu atau Japanese whiting ni ikan yang famous di Jepun tau. Ia sangat rendah lemak, serendah 1% weh! Patut lah menjadi kesukaan ramai.
Menu yang paling selalu dimasak menggunakan ikan Kisu ni ialah tenpura! Bila cakap pasal tenpura je mesti orang teringat ikan kisu ni tau! Antara resipi lain ialah untuk menggoreng ikan kisu ni. Memang sedap!
Korang tak payah fikir, Sushi King dah sediakan beberapa menu baru semuanya dari ikan Kisu ni! Confirm korang suka punya!
Ada 11 menu utama yang korang boleh cuba!
Dah kecur air liur ke tu? Ha…kalau macam tu jom tengok apa yang menarik tentang 3 menu utama di Sushi King ni.
Kisu Tenpura
Bagi peminat tenpura, wajib order Kisu Tenpura ni. Korang akan dapat sekali dengan lotus root (akar teratai) dan juga kacang panjang. Sedap tau bila celup-celup dengan kuah tenpura ni.
Ini memang sesuai lah untuk korang yang taknak makan berat berat sangat tu. Boleh try order yang ni! Nampak crunchy betul kan!
Salmon & Kisu Fry Set
Kalau ada yang pening tak tau nak order ikan salmon atau kisu, ha korang order je set ni. Senang sebab ada dua-dua jenis ikan!
Bukan tu je, korang siap dapat sup miso, nasi dan juga side dish tau! Nampak macam simple, tapi sedap ni wehhhh!
Kisu & Ebi Fry Bento
Tak makan salmon? Takpe, boleh cuba yang ni pulak! Set ini lengkap dengan Ebi (udang) dan Kisu. Siap dapat dengan nasi dan edamame!
Ni tak payah cakap lah, confirm kenyang kalau korang makan! Fuhhh, tak sabar nak pergi waktu lunch nanti!
Eh jap! Bukan tu je, selain dari 3 menu utama yang kami sebutkan tadi, Sushi King juga ada pelbagai menu baharu yang dikeluarkan antaranya ialah:
- Kisu Fry Don
- Kisu Fry Nigiri
- Spicy Kisu Fry Nigiri
- Cheesy Tsubu Mayo Ebi Nigiri
- Spicy Ebi Fry Maki
- Piri-piri Renkon
- Kisu Fry Don
- Kisu Fry Set
Jadi, korang pun boleh lah try yang ni juga.
Menu ikan Kisu ni ada dekat Sushi King je tau! Special habis!
Kalau nak rasa kesedapan ikan Kisu ni, korang kena ke outlet Sushi King yang berdekatan pada 4 Oktober hingga 31 December 2022 ni!
Bawak sekali keluar dan kawan-kawan untuk rasai sendiri kesedapan ikan ni! Memang fresh dan isi ikan yang lembut tu cair di mulut guys.
Mesti korang teringat-ingat nanti ikan ni. Yang penting, harga pun berbaloi teruk tau! Memang tak rugi untuk korang nikmati.Confirm korang pun akan terdemam Kisu jugak bila korang dah rasa menu ni.
Nak tengok menu lain pun boleh, klik je dekat SINI!