berita

Shuhada Izin Hafidz Jumpa Anak – ‘Saya Nak Hubungan Dia Dengan Anak-Anak Erat’

March 22nd, 2023 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri, memaklumkan mahu mengekalkan hubungan erat antara Hafidz dan anak-anaknya.

Artikel Berkaitan: Isu Lafaz Cerai Hafidz Roshdi & Shuhada Ditangguh Ke 9 Mei

Artikel Berkaitan: ‘Saya Masih Single & Available’ – Hafidz Roshdi Jawab Tuduhan Kahwin Lain

Hubungan bapa dan anak

Bahkan, dia tidak pernah sesekali menghalang Hafidz untuk bertemu dengan anak-anaknya. Bagaimanapun, dia tidak ingin bertemu dengan suaminya itu buat masa ini.

Kalau kami masih bersama pun saya nak hubungan dia dengan anak-anak erat. Saya hidup dalam keluarga yang normal, bukan berpecah-belah. Saya dengan abah saya pun sangat rapat sampaikan kami tonton perlawanan bola sepak bersama-sama.

Saya nak lihat hubungan Hafidz dengan anak-anak pun begitu. Jadi, untuk Hafidz bertemu anak-anak memang tiada halangan. Dia boleh jumpa dan hubungi keluarga saya. Dia cuma tak boleh berjumpa saya saja.

Bukan itu sahaja, wanita berusia 29 tahun ini juga menyifatkan perasaan kasih sayang sebagai suatu perkara yang subjektif. Meskipun masih ada rasa sayang, namun dia menganggap jodoh mereka hanya sampai disini sahaja.

Perasaan sayang itu sangat subjektif. Saya sayangkan dia sebagai seorang bapa kepada anak-anak saya. Antara kami mungkin jodoh sudah sampai di sini saja. Saya reda dengan apa saja yang Allah takdirkan.

Sekadar info, Shuhada dan Hafidz telah melangsungkan perkahwinan pada 30 April 2016 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×