berita

Shuib Mohon Padam Foto, Video Allahyarham Siti Sarah Yang Tidak Menutup Aurat

August 16th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Suami kepada Allahyarham Siti Sarah Raissuddin iaitu Shuib memohon agar orang ramai tidak lagi memuat naik foto dan video berkaitan Allahyarham yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Buat itu sahaja, Shuib turut meminta kepada sesiapa yang sudah melakukan demikian agar memadamkannya dari media sosial.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Daddy, Betul Ke Ni? Siapa Dalam Kubur Tu?’

Artikel Berkaitan: Belangsungkawa Siti Sarah Raissuddin, ‘Bidadari Syurga Shuib’

Artikel Berkaitan: Siti Sarah Meninggal Dunia

Mohon henti sebarkan foto tak menutup aurat

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, pelakon dan pelawak itu juga memohon jasa baik orang ramai supaya tidak menghebohkan kebaikan yang pernah dilakukan Allahyarham isterinya itu secara berlebih-lebihan.

Dan, saya juga mohon untuk tidak menceritakan kebaikan Allahyarham secara berlebih-lebihan. Cukuplah kita bersederhana dalam setiap perkara dan perbuatan kita. Insya-Allah, semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah SWT.

Dalam kesempatan itu, Shuib meluahkan rasa berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan buat Allahyarham Siti Sarah dan memohon orang ramai sedekahkan Al-Fatihah sekiranya merindui Allahyarham.

Terdahulu iaitu pada 9 Ogos, Allahyarham Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhirnya selepas bertarung nyawa melawan virus Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada 7 Ogos, Allahyarham menjalani pembedahan mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia 8 bulan. Jenazah Allayarham Siti Sarah kemudiannya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak.

Posting Shuib di IG

Sumber: Shuib

SKIP THIS AD ×