Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza membuat perkongsian istimewa mengenai anak perempuannya, Nur Aafiyah yang berjaya membuat persembahan di konsert piano, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Nurhaliza Tetap Dengan Pendirian Tidak Akan Sertai AJL
Artikel Berkaitan: ‘Siti Nurhaliza Telah Memilih Saya Sebagai Artis Nombor Dua’ – Aliff Syukri
Ibu bangga dengan Aafiyah
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Siti atau lebih mesra disapa Tokti memuat naik video Aafiyah mempersembahkan lagu Bloody Mary nyanyian Lady Gaga dan Flowers oleh Jisoo Blackpink. Meskipun jelas kelihatan perasaan malu namun Aafiyah berjaya membuat persembahan yang membanggakan.
Semalam ibu tak sempat nak edit video Aafiyah perform. Haa, harini baru ibu dapat kongsi. Alhamdulillah, Aafiyah buat persembahan yang membanggakan ibu. Walaupun nampak pemalu sangat (ikut ibu tuu). Tapi Aafiyah lakukan yang terbaik siap dengan tarian lagi. Extra sikitla macam ibu dia nak jugak element tarian ghituu.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum melihat pencapaian Aafiyah, termasuk rakan artis juga berseloroh mahu Aafiyah bersedia untuk melakukan solo recital bersama Malaysia Philharmonic Orchestra (MPO) kelak.
Sumber: Datuk Seri Siti Nurhaliza