berita

‘Siti Sarah Tunjuk Perkembangan Baik, Tahap Oksigen Terus Meningkat’– Shuib

August 7th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelawak dan usahawan Shuib berharap agar tahap oksigen isterinya, penyanyi Siti Sarah terus meningkat serta menunjukkan respon positif.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Yakin Sarah Akan Balik Ke Rumah Ini’ – Shuib

Artikel Berkaitan: Siti Sarah Selamat Bersalin Anak Lelaki

Artikel Berkaitan: Siti Sarah Pilih Nama Ayash Affan, Shuib Reda Dengan Ujian – ‘Allah Telah Banyak Uji Kami …’

Artikel Berkaitan: Sudah Hampir 30 Jam Siti Sarah Koma, Shuib Mohon Doa Isteri Buka Mata Semula

Tunjuk perkembangan baik

Tampil dengan raut wajah yang tenang, Shuib melahirkan rasa syukur dengan perkembangan baik yang ditunjukkan oleh Sarah selepas hampir 30 jam koma sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Shuib berkata demikian ketika majlis bacaan Yasin hari kedua yang diadakan secara maya.

Saya recap sedikit kronologi daripada awal. Selepas pembedahan petang semalam, pada pukul 7.45 malam oksigen Sarah menurun ke 69. Pada pukul 11.10 malam keadaan Sarah sangat kritikal kerana oksigen menurun lagi hingga 40. Saya tak tahu macam mana nak buat masa diberitahu doktor.

Bila ramai mendoakan dan buat solat hajat, berlaku keajaiban. Oksigen Sarah meningkat ke 77. Pada pukul 8 pagi tadi, oksigen Sarah jadi 80.

Yang paling terkini, pada pukul 6 petang tadi iaitu oksigen Sarah meningkat ke 85. Perkembangan yang sangat baik.

Memandangkan Sarah kena jangkitan Covid-19, jadi paru-paru dia banyak terkesan. Oksigen boleh tinggi tetapi boleh jadi tiba-tiba turun rendah. Harap dia boleh maintain.

Satu-satu Allah permudahkan

Dalam pada itu, pemilik nama Shahmira Muhamad menyatakan keajaiban yang berlaku ini adalah berkat doa daripada orang ramai yang tidak putus mendoakan kesejahteraan Sarah dan Ayash Affan.

Anak saya juga menunjukkan perkembangan yang sangat baik. Dah aktif bergerak cuma belum menangis. Doktor Faiz ada minta izin untuk azankan anak saya, alhamdulillah dah selesai.

Allah Maha Baik. Saya rasa teruja untuk majlis bacaan Yasin kedua ini. Saya lihat satu keajaiban dari Allah.

Berkat doa orang ramai. Satu-satu Allah permudahkan. Sememangnya tak salah untuk kita berbuat baik. Di setiap kejadian pasti ada hikmah baik.

Sarah sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif wabak itu.

Sarah dan Shuib berkahwin pada 2011 dan mendapat tiga cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

 

Sumber: @shuibsepahtu

SKIP THIS AD ×