Pelawak dan penyampai radio, Shuib menepis dakwaan yang mengatakan dia tidak menjaga hati isterinya, Watie Hanifiah apabila kerap berkongsi mengenai Allahyarham Siti Sarah.
Artikel Berkaitan: Walimatulurus Shuib, Watie Dapat Tajaan 1.7 Juta
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Leher Watie Terdedah, Shuib ‘Sweet’ Tutup Guna Tangan
Watie suka bila kongsi pasal arwah
Ketika ditemui OhBulan!, Shuib berkata Watie memberi ‘green light‘ untuk dia berkongsi tentang arwah Siti Sarah.
Kata Shuib, 38, tidak pernah sesekali Watie menghalang sebaliknya akan mempersoalkan sekiranya sudah lama tidak memuat naik sebarang hantaran.
Pada awal perhubungan saya ada bertanyakan kepadanya tetapi dia pula cakap, kenapa perlu tanya? Kongsi sahaja sebab dia pun tak kisah.
Inilah antara sebab saya pilih Watie. Orang lain mungkin tak nampak, tapi saya dah lihat perkara ini sejak awal lagi dan saya sifatkan Watie ditakdirkan untuk saya.
Sebenarnya kalau dah lama saya tak cakap fasal Siti Sarah, dia pula yang pelik. Susah cari wanita seperti dia.
Shuib berkata demikian ketika sidang media isu saman fitnah yang diadakan di Bubblebee, Bandar Sri Permaisuri, baru-baru ini.
Hilang kesedihan
Tambah pemilik nama Shahmira Muhammad, Watie sudah beberapa kali menziarahi kubur arwah di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak namun tidak didedahkan di media sosial.
Saya akan menziarahi kubur arwah beberapa kali dalam seminggu kerana sangat dekat dengan pejabat radio.
Watie pun ada ikut ke kubur tetapi saya tak tunjuk.
Dalam pada itu, bapa kepada empat cahaya mata ini bersyukur apabila dikurniakan pengganti yang sangat memahami dengan situasi yang dihadapi.
Saya telah melalui saat yang sangat menyedihkan tapi Allah gantikan dengan seseorang yang sangat okey dan terima keadaan saya.
Watie pernah cakap, dia hadir dalam hidup saya untuk hilangkan kesedihan. Jadi, apabila dah kahwin dia tak mahu jadi beban.
Untuk info, Shuib dan Watie berkahwin pada 23 Jun lalu di Putra Glass House, Putra Heights, Puchong.
Terdahulu, Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Allahyarham Siti SarahRaisuddin pada tahun 2011 dan mereka dikurniakan empat cahaya mata.
Namun, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 kerana jangkitan Covid-19.
@ohbulanofficial Kalau dah jodoh, ye dok? ?? #ohbulan #sembangentertainment #shuibsepahtu #susah #cari #wanita #seperti #watiehanifiah ? original sound – OHBULAN!