berita

Susah Menangis, Lambat Bercakap Antara Tanda Awal Anak Hidap Autisme

March 9th, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Membesarkan anak memang banyak cabaran terutamanya buat mereka yang pertama kali menimang cahaya mata. Banyak ‘perkara’ baru yang dipelajari si ibu atau pun bapa setiap hari dalam membesarkan anak.

Tak kurang juga ada ibu bapa yang kurang peka dengan perkembangan anak. Di mata mereka nampak seperti biasa namun siapa tahu sebenarnya anak mereka menghidap penyakit.

Artikel berkaitan: Bapa Sanggup Bawa Anak OKU Lakukan Samun, Ugut Bunuh Anak Elak Ditangkap

Artikel berkaitan: ‘7 Tahun Tanpa Ummi’, Foto Anak Autisme Peluk & Cium Batu Nisan Ibu Undang Sebak

Artikel berkaitan: Bilik Khas Abang Cuma Sebuah Pangkin & Lubang Tandas, Nenek Uzur Tabah Jaga Cucu Autisme

Moga anak-anak dapat dibantu dari awal

Di Twitter, seorang doktor yang dikenali sebagai Dr.Redza Zainol berkongsi cerita mengenai luahan seorang ibu yang menceritakan tentang perjalanan hidup anaknya yang dianggap normal tetapi rupanya anaknya disahkan sebagai kanak-kanak Autism.

Ibu tersebut menceritakan bahawa anaknya merupakan seorang budak yang sangat ‘kuat’, jarang menangis walaupun diuji kesakitan.

Ada sekali tu kami letak dia dalam buaian. Dia meronta-ronta tak nak. Saya paksa juga sebab budak lain semua seronok main buaian. Mestilah dia suka juga kan. Paksa punya paksa, sampai terjatuh anak kami. Berdarah dahi sampai basah baju dengan darah. Yang pelik, muka dia selamba je. Tak ada menangis, macam tak sakit langsung.

Si ibu juga turut menyatakan bahawa anaknya merupakan seorang yang suka main berseorangan dan suka senyum seorang diri. Lain pula dengan kanak-kanak di luar sana yang lebih gemar untuk bermain bersama rakan-rakan mereka.

Selain itu, ibu tersebut turut menceritakan tentang anaknya yang terlalu obses dengan kereta mainan miliknya sehinggakan jika sesiapa usik kereta tersebut,anaknya akan mengamuk. Si ibu juga turut berkata bahawa beliau pening bila memikirkan anaknya yang sudah berumur 3 tahun tetapi dia masih belum boleh bercakap.

Saya teringin nak dengar dia panggil saya ibu.

Bukan itu sahaja, Si ibu juga menyatakan bahawa semakin hari kelakuan anaknya semakin pelik sampailah dia mula suka melompat tanpa henti dan kemudian mula menghantuk kepala ke dinding tanpa sebab. Mulai hari itu, ibu ni tekad untuk mencari jawapan yang akhirnya terjawab. Anaknya sah sebagai kanak-kanak Autism.

Tanda-tanda awal autism

Foto: FMT

Kadangkala ada ibu-bapa yang sudah sedar atau faham bahawa anak mereka sememangnya Autism namun gerak hati itu selalu diabaikan angkara saudara dan kawan-kawan yang cuba untuk sedapkan hati mereka.

Ada masa kita kena percaya pada gerak hati sendiri. Gerak hati kita, anak kita, keputusan kita.

Dr.Redza Zainol juga turut menyeru ramai orang untuk kongsikan dan sebarkan ilmu ini supaya lagi ramai ibu-bapa menjadi lebih peka dengan kesihatan anak-anak sendiri. Moga anak-anak ni dapat dibantu dari awal lagi.

Sumber: Twitter Dr.RedzaZainol

SKIP THIS AD ×