Pelakon kacak, Syafiq Kyle makin mengorak langkah dalam dunia seni apabila sudah berjinak dalam bidang produksi menghasilkan filem Doh.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syafiq Kyle Enggan Ulas Lanjut, Sudah Selesai Cara Baik Dengan Mimi Lana
Artikel Berkaitan: ‘Lebih Baik Tunggu Dia Sendiri Cakap’ – Adik Syafiq Kyle
Dah siap sejak tahun 2021
Menurut Syafiq, filem Doh adalah karya sulung terbitan syarikat produksi miliknya, Indigo Films selepas tiga tahun. Kata pelakon berumur 31 tahun, dia teruja kerana akhirnya cita-cita untuk menerbitkan sebuah karya tercapai.
Sebenarnya projek itu sudah siap sejak 2021 lagi disebabkan saya dan pengarah Doh iaitu Ariff Zulkarnain ada kerja lain, jadi ambil masa sedikit untuk lancarkan first baby kami.
Insya-Allah akan ada projek lain selepas ini cumalah kekangan dia.. Saya sibuk berlakon dan Ariff pula pengarah.
Saya sangat teruja apabila cita-cita untuk menerbitkan sebuah karya tercapai. Ia bukan satu perjalanan mudah tapi berkat kesungguhan dan usaha keras kami berjaya menghasilkannya.
Syafiq berkata demikian ketika majlis pelancaran Wayang Pacak bersama Tonton Original: Filem DOH yang diadakan di Taman Kolonial, Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur.
Bercerita pengalaman berlakon dengan pelakon baharu seperti Sherlyn Seo, Fariz Isqandar dan Fabian Loo, Syafiq menyifatkan satu kerja menyenangkan kerana mudah mencari keserasian.
Saya pernah bekerjasama dengan Fabian dan Fariz, jadi untuk cipta keserasian tiada masalah.
Saya nampak keikhlasan barisan pelakon untuk memastikan karya ini berhasil. Ada juga pelakon tempatan dari Ipoh, Perak yang kami pilih untuk terbabit sama ketika proses penggambaran berlangsung di sana.
Intai peluang sebagai penerbit
Dalam pada itu, pemilik nama Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak turut diajukan soalan kenapa bukan dirinya yang duduk di kerusi penerbit?
Kata Syafiq, dia belum bersedia kerana masih perlu mempelajari banyak perkara sebelum mengarah sebuah filem.
Mungkin saya belum bersedia lagi untuk jadi pengarah. Saya kena belajar dulu tentang menguruskan sesebuah produksi.
Saya sebenarnya sedikit tidak berpuas hati apabila ada banyak bahagian yang dipotong, kira-kira 38 minit jalan cerita yang sudah dirakam terpaksa dipotong.
Tapi ini perkara yang saya belajar apabila berada di posisi penerbit Kita ada had masa yang ditetapkan dan kita belajar daripadanya. Insya-Allah saya akan mengarah suatu hari nanti.
Filem Doh arahan direktor yang berpengalaman dalam industri hiburan, Arif Zulkarnain dan Haris M. Nor sudah mula ditayang secara eksklusif di platform Tonton sejak 16 September lalu.