berita

Syahir & Shila Amzah Dapat ‘Perfect 10’, Komen Mas Idayu Buat Penonton Terhibur – ‘Wahab…Wahab’

November 19th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

syahir shila

Selepas beberapa minggu mendapat kritikan yang agak pedas dari panel juri Famili Duo 2023 (FD3), pasangan adik-beradik Shila dan Syahir Amzah akhirnya membuktikan mereka juga mampu memikat hati juri selepas berjaya meraih markah ‘perfect 10’ pada minggu keenam FD3.

Artikel Berkaitan: Persembahan Kemelayuan Pukau Penonton, Sharif & Syaiful Zero Peroleh Markah ‘Perfect 10’

Artikel Berkaitan: Shila & Syahir Tumpas Di Tangga Terakhir Di Famili Duo Minggu Ke-3 – ‘Adik Kena Tonjol Diri Bantu Kakak’

Juri kagum

syahir shila

Juri tetap, Ajai berkata dia ternyata terhibur sehingga mengeluarkan air mata menonton persembahan yang dilakukan Syahir dan juga Shila.

Menurut komposer terkenal itu, dia begitu berbangga dengan Syahir yang berjaya menunjukkan peningkatan dalam persembahannya kali ini.

I am proud of you Syahir sebab saya dah lock character awak (dalam persembahan). Berair mata saya ketawa tengok awak. Saya rasa fun dan inilah persembahan. Kadang-kadang kita kena bagitahu dulu pembetulan pada seseorang tu. Ada orang cara dia lembut, ada orang cara dia kasar dan yang kasar tu yang menjadi.

Mula-mula sedih lepastu awak masuk part tarian, saya terhibur. Itulah tarian awak dan yang penting saya terhibur. Tak paksa pun awak nak menyanyi dahsyat janji menghibur. Terima kasih menghiburkan kami’

Dalam pada itu, Mas Idayu juga bersetuju dengan pendapat Ajai tentang peningkatan yang ditunjukkan Syahir.

Mummy suka sangat. Daripada keluar mummy nampak Syahir struggle tapi itu adalah usaha dia. Tone dia pada awal-awal (persembahan) tu sedap tau. Mummy tak kisah pun dan faham kalau awak tak consistent sebab awak bukan penyanyi hebat mcm kakak awak. Apa-apa pun mummy suka.

Wahab…Wahab

syahir shila

Sementara itu, pelantun lagu ‘Cintaku 100%’ tersebut mengejutkan penonton di studio yang ternyata terhibur selepas menyebut nama seorang individu yang sedang menjadi bualan netizen media sosial.

Wahab… Wahab. Eh Wahab dekat rumah.

Terdahulu, kecoh mengenai skandal penularan video yang mendakwa dua orang individu terlibat dengan perbualan lucah di media sosial.

Sekadar info, Famili Duo 2023 yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Janna Nick, dibawakan khas oleh penaja utama OGAWA, penaja bersama Elegant Cosmetics, dan rakan penaja Centrum Multivitamin.

Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital, serta Hot FM sebagai Famili Radio.

Jangan lupa untuk mengundi pasangan kegemaran anda di atas talian melalui Tonton kerana markah anda akan menentukan 30% markah keseluruhan.

Lebih istimewa, penonton yang melanggan pakej TontonUP berpeluang untuk mengundi sebanyak 50 undian untuk duo kegemaran mereka! Gunakan kod ‘FAMILIDUO2023’ untuk mendapatkan tawaran khas bagi tiga bulan pertama sempena FD3 dengan harga serendah RM20.

Jangan lupa saksikan Famili Duo 3 yang akan bersiaran secara langsung setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 atau strim secara atas talian di www.tonton.com.my.

SKIP THIS AD ×