berita

Syed Saddiq ‘Derma’ Gaji Bulan Mac Kepada Rakyat Muar

March 8th, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini memaklumkan akan menyerahkan gajinya sebagai wakil rakyat pada bulan ini untuk kegunaan rakyat di daerah Muar.

Artikel berkaitan: Netizen Samakan Imej ‘Botak’ Syed Saddiq Dengan Watak Anime

Artikel berkaitan: ‘Patik & Orang Muar Terhutang Budi’ – Respon Tenang Syed Saddiq Selepas TMJ Sumbang Bantuan RM300 Ribu

Artikel berkaitan: ‘Jangan Hilang Sifat Jadi Manusia’ – Pekerja Dilayan Seperti ‘Haiwan Ternakan’, Syed Saddiq Luah Rasa Kesal

Tidak layak mendapat gaji kerana sambung belajar

https://www.instagram.com/p/CMI59iwLMIE/?utm_source=ig_web_copy_link

Menurut gambar yang telah dimuat naik di laman Instagram beliau, Syed Saddiq menyatakan bahawa beliau akan ke Singapura untuk menghabiskan pengajian beliau di NUS Lee Kuan Yew School of Public Policy (Biasiswa Penuh). Jadi tidak adil bagi beliau untuk menerima gaji pada bulan ini.

Saya tidak layak menerima gaji saya semasa saya sedang menyambung pelajaran saya. Saya juga dengan rendah diri akan mengembalikan gaji saya pada bulan Mac 2021 untuk kegunaan Parlimen Muar sepanjang saya di Singapura.

Walaupun beliau berada di Singapura, usaha beliau untuk membantu penduduk Muar akan diteruskan oleh pasukannya.

Sejak pengisytiharan darurat, team Muar telah berjaya bantu lebih 765 buah keluarga terima laptop dan tablet, 5500 buah keluarga terima bantuan Food Bank dan 150 pelajar mendapat bantuan Dermasiswa Harapan Muar.

Beliau turut berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia dan Muar serta berharap orang ramai dapat mendoakan perjalan beliau selamat pergi dan pulang.

Sumber: Instagram Syed Saddiq

https://www.instagram.com/p/CMI59iwLMIE/?igshid=vmos410taned

SKIP THIS AD ×