berita

Tak Larat Jaga Suami Pemalas, Wanita Usia 83 Tahun Bercerai Dengan Suami Muda

July 26th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Wanita Warga Emas Tak Tahan Hidup Dengan Suami Pemalas

Seorang wanita warga emas berusia 83 mendedahkan dia sangat menyesal tidak mendengar nasihat ahli keluarganya untuk tidak meneruskan perkahwinannya dengan seorang lelaki muda berusia 37 tahun beberapa tahun yang lalu.

Artikel Berkaitan: ‘Siang Rumah Suami Pertama, Malam Suami Kedua’

Cerai kerana suami pemalas

Wanita Warga Emas Tak Tahan Hidup Dengan Suami Pemalas

Memetik laporan LADbible, Iris Jones yang berkahwin dengan lelaki kelahiran Mesir, Mohamed Ibriham kini sudah pun bercerai kerana wanita tersebut difahamkan tidak tahan menjaga seorang suami yang pemalas.

Saya berasa penat kerana perlu menjaganya. Saya perlu melakukan semua pekerjaan di rumah, daripada memasak, mengemas dan membersihkan rumah.

Lebih baik saya berpisah dengannya. Saya sepatutnya mendengar nasihat keluarga dan rakan-rakan mengenai Ibriham sebelum ini.

Saya menyesal mengenali dia dan sedar bahawa suami terbaik ialah suami (bekas suami) pertama saya, Gwyn.

Dalam pada itu, Iris mengakui bahawa para rupa bekas suaminya itu yang tampan menyebabkannya jatuh cinta dan mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengannya.

Mungkin imej yang ditampilkan membuatkan saya menyukainya. Jika dia mempunyai perut buncit atau botak, pasti saya tidak akan tertarik dengannya.

Sekadar info, kisah percintaan Iris dan Ibriham menjadi bualan orang ramai selepas mereka membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada tahun 2020 yang lalu.

Sumber: LADbible

SKIP THIS AD ×