Pelawak dan penyampai radio terkenal, Shuib Sepahtu sebelum ini pernah mendedahkan kini dalam proses mengenali hati budi seorang wanita yang juga merupakan seorang usahawan iaitu Watie Hanifiah.
Artikel Berkaitan: Shuib Ada ‘Kawan’ Baru, Netizen ‘Gaduh’ Dekat Instagram Watie – ‘Jangan Tutup Aurat Sebab Nak Kahwin Ja’
Baru-baru ini, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad memohon orang ramai tidak mempertikaikan hubungan rapatnya dengan Watie.
‘Saya tahu mana baik dan buruk’
Menerusi laporan Berita Harian, Shuib beranggapan perkara tersebut tidak salah kerana dirinya lebih mengetahui baik buruk dalam setiap keputusan yang dilakukan. Tambah Shuib lagi, dia akan menjaga kehidupannya dan anak-anak sebagaimana ketika bersama Allahyarham Siti Sarah Raissuddin dahulu.
Insya-Allah, saya tahu mana baik dan buruk. Saya juga tahu mana okay atau sebaliknya. Namun, saya tidak boleh menolak persepsi orang. Cuma, tidak adil untuk orang luar membuat andaian bukan-bukan, sedangkan tidak mengenali Watie. Yang kenal dan dikatakan bercinta dengan Watie adalah saya.
‘Saya mementingkan kesihatan mental mereka’
Shuib berharap agar orang ramai tidak berlebihan kerana dia perlu menjaga hati banyak pihak. Malah Shuib mendakwa keputusan mengenali Watie bukanlah keinginannya semata-mata sebaliknya mendahulukan ibu dan anak-anaknya.
Saya mementingkan kesihatan mental mereka. Perjalanan ditempuhi anak-anak sekarang bukanlah mudah, mereka juga perlukan sentuhan seorang ibu. Kalau anak-anak gembira, manakala ibu dan keluarga mentua bersetuju, saya akan okay sahaja.
Bercerita dengan lebih lanjut, Shuib memberitahu bahawa setakat ini, dia tidak mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga kerana mahu memastikan anak-anak menerima kehadiran Watie.
Perkenalan dalam tempoh dua hingga tiga bulan belum cukup untuk menilai Watie. Namun, Alhamdulillah hubungan kami berjalan lancar, anak-anak dan mak pun suka dengannya.
Sumber: Berita Harian