berita

‘Tengok Badan Pun Dah Tahu Siapa..’ – Shuk Report Polis Isu Video Tak Pakai Baju

August 2nd, 2021 | by Shahira
Isu & Kontroversi

Semalam, nama Shuk Sahar sekali lagi menjadi bualan hangat netizen selepas seorang wanita bertindak memuat naik beberapa video memaparkan seorang lelaki yang didakwa iras pelawak terkenal itu hanya memakai tuala dan dipercayai berada di dalam sebuah bilik hotel.

Artikel Berkaitan: Wanita Muat Naik Video Lelaki Mirip Suami Dekat Bilik Hotel, Ini Respon Isteri Shuk

Artikel Berkaitan: ‘Aku Buka Semua Hari Ni Sebab…’ – Wanita Didakwa Muat Naik Video Mirip Shuk Serah Segalanya Kepada Allah

Susulan daripada isu viral itu, Shuk Sahar dan isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah telah tampil membuat laporan polis.

‘Takkan lah video baru’

Menerusi beberapa perkongsian yang dimuat naik oleh Serra di Insta Story, Shuk menafikan bahawa video ‘separuh bogel‘ yang kini sedang tersebar di media sosial bukanlah video baharu seperti yang didakwa sesetengah pihak sebaliknya memberitahu ianya adalah video lama.

Jelas Shuk lagi, dia hanya menganggap tindakan wanita itu menyebarkan aib mereka adalah sebagai satu promosi atau ‘ free marketing’ buat dirinya yang kini sudah kehilangan mata pencarian.

Apa yang lepas biarkan berlalu. Jangan jadikan masa silam orang sebagai satu ugutan. Balai Polis lah cerita. Tengok badan pun dah tahu siapa orang lama. Ada video malas nak share je.

Takkanlah video baharu, kan kita tengah keluar berdua ni (bersama isteri). Lagipun, badan sekarang tengah gemuk kan.

Buat laporan polis

Menerusi video pendek di Insta Story Serra, dia mengakui tuduhan wanita agak keterlaluan dan ianya secara tidak langsung telah mengancam keselamatan keluarga serta suaminya. Oleh hal demikian, Serra dan Shuk tampil membuat laporan polis.

So bagi kitaorang tindakan ni agak keterlaluan. Kitaorang terpaksa ambil tindakan dan saya tak nak komen apa-apa. So biarkan peguam saya dan pihak berkuasa yang akan siasat perkara ini. Terima kasih banyak-banyak.

Sementara itu, Shuk turut mengucapkan terima kasih kepada pihak yang memberi sokongan dan mendoakan yang baik-baik buat dirinya dan keluarga dalam menghadapi kontroversi ini.

Sumber: Shuk Sahar, Rossa Serra

SKIP THIS AD ×