berita

Terima Mesej Ugutan & ‘Benda’ Syirik, Isteri Shuk Sahar Buat Laporan Polis?

July 6th, 2021 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Semalam, nama Shuk Sahar sekali lagi menjadi bualan hangat netizen selepas isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah memuat naik beberapa screenshot perbualan mesej ‘ugutan’ yang dipercayai dikirim oleh seorang wanita, Fara yang pernah menjadi punca perbalahan rumah tangganya.

Artikel berkaitan: ‘Kalau Terpadam Story Atau Feed Semua, Bukan Saya Yang Padam’ – Isteri Shuk

Artikel berkaitan: Isteri Shuk Dakwa Rumahtangga Masih Diganggu Fara, Siap Ugut Nak Terjun Bangunan!

Artikel berkaitan: ‘Sanggup Dapatkan Balik Keluarga & Kebahagiaan Saya’ – Shuk Mengaku Buat Silap

Terbaru, Rossa dipercayai sudah membuat laporan polis berhubung semua yang berlaku terhadap dirinya dan keluarga.

Betapa kuatnya kamu

Di Instagram Story, seorang wanita yang dikenali sebagai Rossa Azura telah memuat naik satu posting mengenai kelibat isteri Shuk yang sedang keluar dari balai polis. Rossa yang mengenakan baju bewarna ‘pink’ itu dilihat sedang  memegang beberapa kertas yang dipercayai laporan polis. Wanita itu juga dilihat sedang berbual menerusi telefon sebaik sahaja keluar dari balai tersebut.

Lebih mencuri perhatian, kapsyen yang ditulis terhadap Rossa menerusi posting itu turut menjadi tumpuan netizen. Menurut kapsyen tersebut, seseorang individu tidak akan sedar betapa kuatnya diri mereka sehingga satu tahap mereka terpaksa menjadi kuat tatkala itu sahaja pilihan yang mereka ada.

‘Kami okay sahaja’

Sebelum ini, Shuk mendakwa bahawa hubungannya bersama isteri dalam keadaan baik-baik sahaja dan tidak seperti yang orang lain sangkakan. Malah, Shuk turut mendakwa mesej perbalahan dan gambar ugutan bunuh diri yang dikongsikan Rossa di Instagram sebenarnya adalah kiriman lama yang pernah diterimanya sebelum ini.

Sementara itu, apabila ditanya mengenai posting Rossa yang mendakwa ada individu menghantar ‘santau’ kepadanya, Shuk sedia maklum dengan perkara itu tetapi dia tidak tahu siapakah ‘dalang’ di sebaliknya.

Sumber: Rossa

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×