berita

Throwback Menggila 2014: Artis Bertikam Lidah Dengan Followers Instagram

December 16th, 2014 | by Wan
Isu & Kontroversi

cover 1

Tak dapat dinafikan lagi bahawa media sosial seperti Instagram merupakan platform utama yang digunakan oleh para artis untuk berkongsi perkembangan semasa mereka.

Tapi sekarang lain pula ceritanya apabila ada antara artis yang bertikam lidah dengan followers di Instagram. Iyalah artis pun manusia, ada hati dan perasaan.

Berikut merupakan beberapa orang artis yang pernah terpalit dengan kontroversi ini.

che ta 2

Rozita Che Wan herdik peminat bodoh

Berdasarkan pemerhatian kami sepanjang tahun 2014 ini, Che Ta merupakan artis yang paling banyak sekali bertikam lidah dengan followers di Instagram.

Artikel Berkaitan: Rozita Che Wan Marah Follower Instagram Bodoh

Antara isu paling panas yang pernah menimbulkan kontroversi ialah apabila Che Ta mengherdik peminatnya di Instagram dengan menggunakan perkataan bodoh. Dek kerana itu, salah seorang follower Che Ta telah melabelnya sebagai seorang yang angkuh. Itu lah pepatah ada cakap, sarang tebuan jangan dijolok!

awal

Awal Ashaari upload gambar haters

Suami mana yang tak marah apabila isteri tercinta dicemuh oleh orang yang tak dikenali. Tambahan pula ketika itu isteri Awal, Scha Al-Yahya sedang mengandungkan anak sulung mereka, Lara Alana.

Artikel Berkaitan: Isteri & Kandungan Dikutuk, Awal Ashaari Marah Follower Instagram

Berang dengan cemuhan itu, Awal bertindak memuat naik gambar haters tersebut di Instagram milik beliau. Haaa kan dah kena dengan Awal. Lain kali jangan main sedap mulut je cakap isteri orang sundal. Lu salah orang la derr!

kinah2

Sharifah Sakinah balas dengan lebih kasar

Figura yang pernah memenangi ‘Artis Lawak  Wanita Paling Popular  Anugerah Warna 2014’ ini pun tak terkecuali dengan kontroversi bertikam lidah dengan followers di Instagram.

Artikel Berkaitan: Tengok Cara Sharifah Sakinah Balas Komen Biadap. Sama Kasar Tapi Mungkin Berguna

Semuanya bermula apabila seorang followernya mengeluarkan kata-kata tidak sopan terhadap Sakinah yang ketika itu dijemput untuk menjayakan sebuah event di kedai sukan terkemuka.

Bengang dengan cemuhan tersebut, Sakinah kali ini memang tak bagi muka apabila dia turut membalas semula komen followernya dengan cara yang agak kasar.

toke

Tauke Jambu gelar followers sial dan bodoh

Digelar kaki perempuan bukanlah satu perkara yang seronok didengar oleh semua para lelaki di luar sana. Apatah lagi tuduhan sedemikian dilemparkan kepada Tauke Jambu.

Artikel Berkaitan: Tauke Jambu Pula Marah Follower Instagram Sial & Bodoh

Tauke yang berang dengan provokasi itu terus menggelar followernya sebagai sial dan bodoh. Jangan ingat pelawak tak boleh marah orang. Selalu kita nampak Tauke ni senyum je sepanjang masa tapi bila dia marah, hurm.

SKIP THIS AD ×