berita

‘Tiada Siapa Yang Tahu Motif Sebenar’ – Bapa Mentua Suspek Bunuh Isteri & Bayi Hanya Mahu Keadilan

July 19th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Semalam, tertuduh bunuh isteri dan bayi di Jalan Dewasa Kampung Bakar Batu, telah didakwa di Mahkamah Majistret. Berikutan daripada itu, keluarga kepada wanita yang dibunuh menyerahkan segalanya kepada pihak mahkamah untuk membuat pengadilan sebaiknya.

Artikel berkaitan: Suspek Bunuh Isteri & Bayi Terpinga-Pinga Ketika Didakwa, Majistret Beri Kebenaran Jalani Pemeriksaan Mental

Artikel berkaitan: Suspek Kelar Isteri & Anak Negatif Dadah

Artikel berkaitan: Saksi 14 Tahun Nampak Suspek Heret Isteri Keluar Rumah, Pegang Pisau Pemotong Daging

Artikel berkaitan: ‘Saya Tahu Menantu Tiada Pekerjaan Tetap Selepas Berhenti Kerja’ – Bapa Mangsa Kelar Leher

Artikel berkaitan: Lelaki Bogel Tunggang Motosikal Rupanya Lari Lepas Kelar Leher Isteri, Anak

Harap dapat keadilan

Menerusi laporan Harian Metro, bapa kepada Hajar Nursyahirin iaitu Rosman Ahmad memberitahu tiada apa yang boleh diharapkan olehnya dan ahli keluarga selain daripada mendapat keadilan buat arwah anak dan cucu.

Saya sebagai bapa, saya hanya minta kes ini diadili sebaik-baiknya untuk keadilan kepada anak saya, cucu saya dan pihak keluarga besan saya.

Terdahulu, Mohamad Amir dihadapkan ke Mahkamah Majistret di atas dua pertuduhan membunuh isteri berusia 26 tahun dan bayi lelakinya, Hans Mohamad Thaqeef, dua bulan lapan hari. Tertuduh hanya menjawab faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Zulhilmi Ibrahim.

Diminta untuk mengulas mengenai kejadian yang telah berlaku, Rosman berkata tiada siapa yang tahu motif sebenar dan tiada siapa yang berhak membuat sebarang dakwaan atau andaian.

Sekiranya menantu dan anak saya ada masalah rumah tangga itu kita tidak tahu. Dalam hal rumah tangga, lidah pun boleh tergigit. Kita tiada bukti, jadi kita tidak boleh nak dakwa apa-apa.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×