Foto: Tangkap layar video
Tidak dinafikan kehilangan individu yang kita sayang merupakan momen yang sukar untuk diterima. Apa yang lebih menyedihkan apabila kehilangan kedua ibu bapa kita yang selama ini banyak berkorban dalam memastikan anak-anaknya dapat membesar dengan keadaan yang serba mencukupi.
Artikel Berkaitan: Video Kanak-Kanak Ziarah Kubur Bapa Sebelum PKP Undang Sebak, Sempat Kucup Batu Nisan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Maaf Kami Terpaksa Rahsiakan..’ – Anak Sebak Hanya Tahu Mak Meninggal Selepas Kebumi
Namun, kita sebagai hambaNya tidak boleh menolak segala takdir yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. dan perlu menerima dengan hati yang terbuka.
Sekelip mata hilang kasih seorang bapa
Foto: Tangkap layar video
Seperti video yang mengundang sebak dikongsi seorang pengguna laman TikTok dikenali sebagai Fiena memaparkan kisah tiga kanak-kanak yang baru sahaja kehilangan bapa mereka. Menerusi dua buah video pendek yang dikongsi, dapat dilihat ketiga-tiga kanak-kanak ini yang menangis teresak-esak sambil memanggil arwah bapanya. Apa yang lebih meruntun hati, apabila melihat kanak-kanak perempuan yang dipercayai anak bongsu seolah-olah tidak percaya bapanya sudah meninggal dunia.
Abah, abah, abah.
Jelas pemilik video ini lagi arwah adiknya sebelum ini, ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama 12 hari berikutan pendarahan yang berlaku di bahagian kepala disebabkan tekanan darah tinggi sebelum pergi menghadap Sang Pencipta.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak melihat kanak-kanak ini dan memberikan pesanan kepada wanita itu supaya menjaga anak saudaranya dengan sebaik mungkin.
Video penuh:
@arienafienaSemoga anak2 adikku dan isterinya kuat melalui hari2 yg akan dtg… Sekelip mata hilang kasih syg sorg abah??? Terdiam Sepi – Nazia Marwiana
@arienafienaPart2 dok panggil abah lagi??? Biarlah Semua Berlalu – Willy Anggawinata
Al-Fatihah
Sumber: Fiena