Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) tampil menjelaskan hukum menanam jenazah jauh daripada kubur orang lain selepas diajukan soalan tersebut oleh salah seorang jemaahnya, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Viral Jemaah Perempuan Enggan Rapatkan Saf Di Masjid, Ustaz Azhar Idrus Beri Penjelasan Hukum
Tengok pada Ijtihad
@bacalahhub Tengok sampai habis ye.. #ustazazharidrus #fyp #ilmuagama #islam #bacalahhub #ceramahislam ? War Worship – Spiritual Warfare Music Epic
Menerusi video dimuat naik @bacalahhub, UAI menjelaskan bahawa setiap apa yang dilakukan itu perlulah mengikut ijtihad (kajian serta persetujuan) para ulamak dan majlis agama sesebuah negeri.
Menurut UAI, jika terdapat terdapat kesimpulan yang sah membabitkan hal ehwal agama, maka perkara tersebut sah untuk dilakukan.
Dia tengok pada ijtihad, apa tujuan (berbuat demikian). Jika dilihat ada maslahah pada fatwanya maka sah fatwa tersebut.
Contoh, di dalam kitab-kitab Fiqah besar kita akan jumpa fatwa-fatwa tentang dijarakkan kubur orang yang niat untuk membunuh diri.
Benda ini biasa tapi kita sebagai netizen jahil. Bila dengar perkara seperti itu kita akan rasa pelik.
Tapi bila kita mengaji (ada ilmu) benda itu tidak pelik pun. Saya tak pelik pun dengar, itu semua ijtihad. Tapi bila niat untuk mengaibkan, itu tidak boleh.
Tambah UAI, Nabi Muhammad SAW pernah bertindak untuk tidak mahu menyembahyangkan jenazah yang mempunyai hutang kerana mahu memberikan pengajaran buat mereka yang masih hidup.
Sebab itu pada zaman Nabi Muhammad SAW dipanggil untuk sembahyangkan jenazah, Nabi akan tanya jenazah itu ada hutang atau tidak?
Kalau ada hutang Nabi tak nak solat ke atas jenazah tersebut. Kalau berlaku zaman sekarang? Habis Nabi kena hentam dengan netizen.
Tapi baginda benarkan sahabat untuk solat ke atas jenazah tersebut. Kerana apa Nabi buat macam itu? Kerana nak bagi orang yang masih hidup berasa insaf dan jangan buat perangai macam jenazah itu.
Terdahulu, jenazah suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram hingga menyebabkan dua anggota polis terbunuh dikebumikan berjauhan dari kubur orang awam yang lain.
Keputusan itu diputuskan Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang dilakukan melalui hasil Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa dengan dipengerusikan Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad.
Jawatankuasa fatwa berpendapat tindakan itu dilakukan sebagai satu peringatan kepada masyarakat agar tidak terlibat atau melakukan perkara yang dilakukan suspek.
Sumber: TikTok, Sinar Harian