Pelakon, Rita Rudaini mendedahkan dia banyak memberi tumpuan kepada anak-anaknya selain fokus terhadap kerjaya berbanding hubungan bersama rakan-rakan.
Artikel Berkaitan: ‘Baru Tahu Ada Orang Lagi Bodoh Daripada Saya’ – Rita Rudaini Tujukan Pada Siapa?
Artikel Berkaitan: ‘Ba** Hutan Pun Nampak Macam British Short Hair’ – Rita Rudaini Perli Siapa Tu?
Fokus pada diri & anak-anak
Menerusi temu bual bersama Melodi, Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar berkata dia ketika ini lebih memilih jalan ketenangan dan mengamalkan zikir bagi menghindari perkara-perkara yang tidak baik.
Memang benda itu ada tapi saya dah tak mahu fikir, apa yang orang nak buat saya, yang penting saya ada Allah.
Saya amalkan zikir, hari-hari nak keluar rumah balik rumah itu yang saya dan anak-anak amalkan. Orang nak buat saya ke apa lantaklah. Saya dah tak boleh tahan orang daripada nak buat saya. Saya dah tak mahu fikir benda itu.
Ketika disoal tentang hantaran-hantaran ‘pedas’ yang sering dimuat naik di media sosial, Rita berkata dia hanya mahu menyampaikan kebenaran tetapi tidak menyebut nama mana-mana individu.
Kebenaran itu memang menyakitkan tetapi ramai orang tak nak rasa sakit, orang lebih suka manis tapi di dalam kepura-puraan.
Saya dah biasa di dalam kepahitan, kedukaan, keperitan..saya lebih suka rasa itu sebab rasa itu adalah benar.
Saya suka ‘direct to the point’. Siapa makan cili dia rasa pedas lah. Dia bukanlah seseorang tapi ramai orang begitu.
Rita kesunyian?
Sementara itu, segelintir warganet juga dilihat sering meninggalkan komen dengan bertanyakan soal jodoh kepada pelakon berusia 47 tahun itu.
Saya tak faham bila dekat komen atau berjumpa dengan orang mesti akan ditanya ‘tak nak ke?, Tak sunyi ke?’
Hari-hari saya memang memikirkan anak-anak. Baru-baru ini anak saya sakit patah tangan saya pun cuti juga untuk jaga dia dan hari-hari saya tak terkejar.
Dalam pada itu, pelakon filem Mami Jarum ini juga menjelaskan bahawa dia kini banyak menghabiskan masa bersama anak-anak berbanding dengan kawan-kawan selain menjawab tentang isu perhubungan bersama rakan karibnya dahulu.
Jujur saya cakap, saya dah kecilkan ‘circle’ berkawan. Kawan-kawan saya adalah anak-anak saya.
Saya pernah berkawan dan pernah merasa bila berkawan kena macam ini, benda itu menyakitkan tau. Lebih baik saya jaga diri saya sendiri, duduk rumah dan jaga anak.
Kalau orang kata saya tak ada kawan lantaklah. Tapi bila sesiapa pun berjumpa dengan saya dan tegur saya, saya akan bercakap. Tetapi untuk saya ada berkawan baik, cukuplah..biarlah saya kawan baik dengan anak saya sahaja.
Tak semua orang faham dan kita tak tahu hati orang. Dalam baik-baik itu, dia boleh 360 darjah menjadi musuh yang paling dahsyat kepada kita.
Untuk saya berkawan balik itu takkan terjadi. Dia kena hormat saya dan saya hormat kehidupan dia. Saya doakan dia baik-baik sahaja, kalau betul dia dah nak berubah.
@melodiberapi Pelakon Rita Rudaini menjawab isu mengenai beliau sudah tiada kawan baik! Nah dengarkan jawapan padu beliau. #meloditv3 #ritarudaini #panas #sensasi #ceritaartismalaysia
Sumber: TikTok Melodi