Pelakon jelita, Uqasha Senrose berkongsi cara dia menghargai ibu tercinta menerusi sebuah posting di Instagram.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Uqasha Senrose ‘Throwback’ Zaman Jadi Pramugari – ‘Saya Selalu Takut, Senior Bila Nampak Budak Baru Mereka Pandang Atas Bawah’
Bukan nak menunjuk
Menerusi rakaman video yang dikongsikan, Uqasha berkata dia tidak berniat untuk menunjuk-nujuk kepada netizen cuma sekadar menghargai apa yang dilakukan oleh ibunya sepanjang berusaha membesarkan mereka tujuh orang adik beradik.
Salam tujuan buat video ni bukan nak menunjuk-nujuk riak mahupun berlagak, tapi Qasha just nak share how Qasha hargai sangat apa mama buat untuk Sha. Mama Sha single mom struggle besar kan 7 orang anak cuba sedayanya cari rezeki untuk besarkan kami semua.
Tapi bila dia cari duit sana sini n Sha pun tolong mama dan bagi semua apa yang Sha mampu sebagai seorang anak. Tapi bila dia ada lebih je dia balik Kelantan semata-mata nak suprise kan Sha dengan hadiah ni. Mengalir air mata sebab sha tahu macam-macam cara mama cari rezeki dengan bantuan anak.
Pukul 2 pagi dia kata nak balik kelantan, pelik Sha rupanya dia dah tempah dan suprisekan dekat Sha hadiah ni.
Menurut Uqasha, ibunya sanggup memandu kenderaan dari jauh untuk melakukan kejutan terhadapnya.
Sanggup dia drive diteman kan Jazz dan Shima untuk balik suprise kan Sha yang penat kerja tolong mama. Thank you so much ma, I love u not because of d emas berlian but how u always care and love me ma. Hanya ibu kita sahaja boleh terima perangai baik buruk kita. Sayang mama tiada penghujungnya.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Uqasha Senrose