berita

[VIDEO] Ibu Rayu Helmet Arwah Anak Dipulangkan – ‘Itulah Kenangan, Barang Kesayangan Yang Dia Usaha Beli’

August 24th, 2023 | by Alia
Kini Trending

helmet anak

Tular baru-baru ini di sosial media, seorang wanita mencari topi keledar arwah anaknya yang dipercayai hilang ketika pemuda itu terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Topi keledar itu adalah kenangan yang paling bermakna buat keluarga arwah.

Artikel Berkaitan: ‘Dia Beritahu Akan Balik Cuti Sekolah Nanti, Tapi Dia ‘Balik’ Sungguh’ – Kakak Pemandu e-Hailing

Artikel Berkaitan: Lelaki Maut Motosikal Terbabas Sebulan Sebelum Kahwin

Meninggal dalam perjalanan pulang

helmet anak

Memetik laporan Harian Metro, arwah iaitu Muhammad Danish Irfan Mohd Tajul Syahrizal, 19, terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori ketika menunggang motosikal.

Menurut ibu arwah, Norazlina Abdul Aziz berkata insiden tersebut berlaku pada 6 Julai lalu semasa arwah dalam perjalanan dari rumah mereka di Kampung Pandan Dalam ke tempat kerjanya di Selayang.

Mama angankan tangan Abang Ngah (arwah) akan pimpin tangan mama sampai mama tua. Siapa sangka hanya sementara Allah beri mama rasa itu. Nanti tarik tangan mama masuk syurga ya sayang.

Anak kedua daripada tiga adik beradik itu adalah anak lelaki tunggal dan merupakan harapan keluarga setelah wanita tersebut kehilangan suami tercinta yang meninggal dunia akibat barah paru-paru.

Semasa usianya 16 tahun, saya harapkan anak ini boleh ganti tanggungjawab arwah suami. Saya tengok dia memang sangat melindungi keluarga terutama apabila ada orang cakap bukan-bukan pasal saya.

Tapi sekarang tempat saya bergantung harap sudah tak ada, cuma doa dapat saya berikan untuknya. Bukan tak reda, tetapi saya masih perlukan masa mencari kekuatan untuk menerima kenyataan ini.

Norazlina menyatakan dia kini masih terkenangkan arwah dan terkilan kerana tidak dapat menyambut ulang tahun kelahiran anaknya pada 18 Ogos lalu.

Untuk hari jadi Abang Ngah tahun ini, hanya doa dan bacaan Yasin yang dapat mama hadiahkan.

Tak dapat lagi nak sambut macam tahun-tahun sebelum ini.

Dalam pada itu, wanita tersebut masih lagi berusaha untuk mencari topi keledar bertutup penuh berwarna merah (jenama Zeus) dengan meminta bantuan orang ramai menerusi sosial media.

Saya merayu kepada sesiapa yang terambil helmet (topi keledar) arwah anak semasa kemalangan itu, pulangkan semula kerana puas kami cari di lokasi nahas, tetapi tak jumpa.

Kalau ada yang terbeli dari seseorang, saya juga sanggup bayar semula duit itu.

Helmet itu sangat berharga bagi saya kerana itulah kenangan anak saya, barang kesayangan arwah yang dia usaha beli guna duit gaji sendiri.

@iceblendedc4

Saya merayu kpd sesiapa yg terambil helmet arwah anak saya selepas kemalangan pd 6.07.2023 di area Selayang, tlg sgt2 pulangkan kpd Saya. Saya mohon sgt2, itulah kenangan anak Saya…brg kesayangan arwah, yg dia usaha sendiri simpan duit gaji dia utk beli. Jika ada yg terbeli dari seseorang mohon pulangkan kpd Saya, Saya akan bayarkan semula duit yg awak dah keluarkan. Saya perlukan helmet tersebut..pd Saya helmet tersebut sgt2 berharga buat Saya. Mohon sahabat2 di tik tok viralkan post ini. Saya betul2 nak dptkan semula helmet tersebut. #helmethilang #fypviral #kemalangan06072023 #kemalanganjiwa #sayamerayusgt2 #pulangkan

? Hanya Rindu – Putri Ariani

Sumber: Harian Metro, TikTok

SKIP THIS AD ×