Rata-rata wanita hamil akan mengalami fasa mengidam termasuk isteri kepada penyampai radio, Fizi Ali iaitu Siti Zulaikha.
Artikel Berkaitan: Netizen Dah Nampak ‘Baby Bump’, Isteri Fizi Ali Hamil
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fizi Ali Nak Selesai Isu Anak Hari Ini, Shakilla Khoriri Tak Cukup Tidur
Hari-hari mengidam
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Fizi atau nama lengkapnya Mohd Hafizudin Alimudin mendedahkan bahawa isterinya gemar mengunyah ais batu.
Kata penyampai radio berusia 37 tahun, dia akan membeli ais setiap hari demi memenuhi keinginan isterinya
Yang mengandung tu mesti ada rasa mengidam, tapi orang rumah saya mengidam ini (ais batu).
Tengok la perangai dia ni, dia punya mengidam tu lain macam.
Hari-hari kena ada ini ais batu, ini sekali hadap je boleh habis.
Patah gigi! Suka hati la sayang, janji awak happy.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berkongsi pengalaman mengidam ketika hamil.
Dalam masa yang sama, mereka juga menasihati Zulaikha untuk tidak mengambil makanan sejuk terlalu kerap kerana bimbang akan memberi kesan kepada kandungan.
Sekadar nasihat, jangan kerap ambil makanan/minuman sejuk masa mengandung. Takut anak nanti dapat asma.
Jangan makan terlalu kerap dan control mengidam tu.
Jangan amalkan, nanti bersalin cramp satu badan.
Terdahulu, menerusi hantaran di Instgram (IG), Fizi mengumumkan tentang kehamilan isterinya namun tidak menyatakan usia kandungan tersebut.
Untuk info, Fizi menamatkan zaman duda dengan mendirikan rumah tangga bersama Zulaikha pada 23 Oktober lalu.
Sebelum itu, Fizi pernah berkahwin dengan aktres Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018, namun bercerai dua tahun kemudian. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ameena Sofia, 5.
@fiziali kalau tak bagi BARANG ni muncung sampai boleh gantung hanger weyy..macam korang ada tak mengidam yang pelik2 bila mengandung?
Sumber: TikTok Fizi Ali