Pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Abang Tesla pernah mengeluarkan kenyataan enggan mengambil anak angkat kerana tak sama seperti cahaya mata sendiri.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abang Tesla Dapat Restu Kahwin Kali Kedua -‘3 Jam Sebelum Nikah, Solat Subuh Bersama Diiringi Air Mata’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abang Tesla ‘Plan’ Nak Nikah Lagi Jika Isteri Kedua Tak Boleh Hamil
Anak angkat tak sama
Terbaru, pelawak Achey meluahkan rasa terkilan dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh Abang Tesla ketika hadir ke podcast yang dikendalikan oleh selebriti media sosial, Caprice yang turut disertai isteri pertama, Nurmajdina Jamari.
Kata Achey, ‘tambah cawangan lagi’ bukan jalan penyelesaian untuk isu anak dengan isteri pertama.
Dia cakap anak angkat tak sama. Habis dia dengan isteri pertama? Itu bukan waris mereka berdua. Itu waris dia dengan isteri kedua. Sekarang kita nak waris dari isteri pertama tanpa kedua.
Cerita pasal waris, boleh saja mahramkan. Carilah kakak, adik beradik atau saudara mara yang boleh mahramkan dia. Jangan putar belitkan kenyataan!
Sebelum ini, Abang Tesla tiba-tiba menafikan dakwaan yang mengatakan faktor dia bernikah sekali lagi adalah disebabkan isteri pertamanya tidak mampu memberikan cahaya mata.
Bagaimanapun, dia enggan memperincikan punca utama kerana itu cerita dalam kain dan akan membuka aib.
Orang bisnes lebih baik kahwin lagi?
@wiya.aris Apa pendapat korang? SHARE KALAU KORANG SOKONG! LIMITED DAPAT SUAMI MACAM ABG ACHEY?? #fyp #abangtesla #isteriTTC #mudahterasahati ? original sound – Wiyaarys
Sementara itu, pemilik nama Mohd Nasir Hamzah turut menyelar pendapat pencipta kandungan, Apex Sayur yang menyatakan rawatan kesuburan in-vitro (IVF) sekadar pembaziran.
Tegas Achey, itu adalah satu usaha yang dilakukan oleh pasangan suami isteri yang menginginkan pewaris daripada darah daging sendiri.
Daripada saya membazir duit buat ivf, lebih baik saya kahwin lagi satu. Saya terus astaghfirullahhalazim. Itu adalah usaha. Faham tak naluri kita nak zuriat dengan pasangan. Kita suami isteri nak waris.
Bukan saya dengan dia tapi ada lagi seorang. Itu bukan waris daripada saya dengan isteri. Kita nak zuriat daripada yang diusahakan. Tapi kalau dikatakan membazir, itu hak awak untuk bercakap.
Tapi bagi orang yang usahakan untuk IVF, tak kisah berhabis duit. Saya jumpa ada orang buat IVF, dia kerja kilang tau. Sebab apa? Dia nak juga anak dengan isteri.
Jadi, jangan keluar kenyataan macam itu. Daripada kau kahwin lagi, baik ambil anak angkat. Kenapa kau tak ambil anak angkat? Kalau betul nak anak sangat. Itu paling tak setuju.
Sumber: TikTok