Penyanyi rap, Caprice menafikan dakwaan bersubahat dengan wanita Indonesia bernama Mondy untuk menjatuhkan Ustaz Ebit Lew.
Artikel Berkaitan: Polis Mula Siasat Ebit Lew
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Boleh Cepat Sikit Hantar Saman’ – Caprice
Artikel Berkaitan: Dakwa Diri Difitnah, Ustaz Ebit Lew Buat Laporan Polis
Tolong buat ‘live’ dan buka chat
Menurut Caprice, dia berharap ‘haters’ yang menuduhnya membayar Mondy dapat menunggu keadilan yang bakal tiba. Tambah Caprice, dia turut meminta sahabat baik kepada Ebit Lew iaitu Ustaz Derry Sulaiman untuk membuat sesi ‘live’ dan membuka chat di antara beliau dan Mondy bagi menunjukkan bukti kononnya wanita tersebut mengaku berbohong di dalam podcast untuk mendapatkan wang.
Buat live dan buka balik chat tersebut dan terus tunjuk profile dan nombor Mondy. Terima kasih.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik di Instagram, Caprice turut meminta Ustaz Derry menunjukkan profile dan nombor Mondy kepada umum seperti yang dilakukan olehnya.
Kalau ustaz tunjuk macam saya buat ni, saya akan derma 40 juta rupiah dekat ustaz punya NGO ke atau masjid. Kalau ustaz boleh buat video macam ni dan tunjuk live. Kalau ustaz tak boleh buat benda ini, kamu telah sebar satu fitnah yang sangat-sangat jahat.
Ujar pelantun suara ‘Kau Hade’ ini lagi, telefon Mondy sebenarnya telah diambil oleh pihak polis bagi tujuan siasatan lanjut. Justeru itu, perkara ini membuatkan dirinya tertanya-tanya bagaimana Mondy boleh menghubungi Ustaz Derry.
Dakwa Caprice lagi, wanita bertatu itu membahasakan dirinya Mondy bukannya Mondi seperti dalam mesej yang ditunjukkan Ustaz Derry.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Caprice