Pelakon terkenal, Farid Kamil meluahkan rasa syukur selepas dirinya dan isteri, Diana Danielle masih diberi peluang ‘berjodoh’ lagi selepas mengambil keputusan untuk bercerai pada bulan lepas.
Artikel Berkaitan: Farid Kamil & Diana Danielle Akan Ke Mahkamah Untuk Proses Rujuk
Rujuk 31 Ogos
Menerusi sesi temu bual bersama Melodi, Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 42, mendedahkan bahawa dia dan Diana telah pun rujuk pada 31 Ogos yang lalu.
Alhamdulillah perkahwinan saya dapat diselamatkan dengan izin Allah dan sejarah itu telah mematangkan kami berdua. Saya dan isteri telah kembali rujuk pada 31 Ogos 2023.
Ketika ditanya mengenai penyebab kepada berita gembira ini, Farid berkata agama memainkan peranan dalam memastikan hubungannya dan Diana menjadi lebih kukuh.
Bukan itu sahaja, penceraian yang berlaku sebelum ini juga memberi ruang dan peluang buatnya dan isteri untuk bermuhasabah diri dan menilai semula perkahwinan mereka.
Pokoknya adalah agama supaya saya sebagai suami mampu membimbing isteri. Isteri saya juga harus menguatkan ilmu agama supaya dia dapat membimbing anak-anak dan dengan sendirinya perkahwinan itu akan menjadi lebih kukuh.
Sudah tentu bila berlakunya penceraian, saya dan Diana mengambil masa untuk muhasabah diri dan menilai balik perkahwinan kami.
Diana ajak ‘breakfast’
Sementara itu, pelakon filem Lagenda Budak Setan itu memaklumkan bahawa bibit cintanya dan Diana mula timbul selepas isterinya itu mempelawa untuk bersarapan bersama selepas sekian lama tidak bertentang mata.
Selepas saya pergi ke Kota Sufi di Sendayan dan setelah saya hantar anak-anak saya pulang untuk ke sekolah, Diana mempelawa saya untuk breakfast bersama.
Saya tak menyangka perkataan (pelawaan) itu keluar dari mulut dia dan saya mengambil peluang itu untuk meluahkan apa yang saya rasa.
Saya juga tak menyangka pertemuan itu akhirnya menyemarakkan lagi perasaan, bibit-bibit cinta, kasih sayang dan apresiasi yang selama ini kami cari.
Setelah lima bulan saya tak bertentang mata dengan Diana, saya dan isteri tak berhenti berdoa dan menyerahkan harapan kami pada Allah untuk memberi petunjuk taufiq dan hidayah.
Dalam pada itu, Farid mengakui dirinya sama sekali tidak pernah berfikir bahawa dia akan kembali bersama Diana namun bersyukur dengan adanya agama yang cukup, dan dengan izin dari Nya dia dapat bersatu kembali.
Saya tak pernah terfikir kami akan kembali bersama. Hadiah terbaik kepada anak-anak adalah melihat ibu bapa bahagia, hidup bersama.
Namun akhirnya pertemuan tersebut membuahkan semula rasa yang selama ini menghilang disebabkan pekerjaan, kehidupan dan duniawi.
Perkahwinan ini asalnya adalah kerana Allah dan bila kita berjaya mencari titik noktah iaitu pendamaian, sejujurnya kami berdua tidak pernah menyangka rasa itu ditimbulkan kembali dan sangat sukar saya nak gambarkan dengan kata-kata.
Di akhir sesi temu bual tersebut, Farid menitipkan ucapan terima kasih buat anak-anak, keluarga serta peminat yang tidak berhenti mendoakan kesejahteraan rumah tangganya dan Diana.
Terdahulu, tular khabar angin Diana dan Farid akan rujuk semula sebagai suami isteri selepas mendedahkan cinta mereka sepertinya kembali terpatri dalam untaian video pendek dalam media sosial hiburan, Budiey Channel.
Untuk rekod, pada 10 Ogos lalu, Diana dan Farid sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan miliki dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8 tahun.
Video
@melodiberapi Alhamdulillah semua rasa happy dengan berita ini.. #meloditv3 #fyp??viral #ceritaartismalaysia #panas #faridkamil #dianadanielle #love #rujuk ? original sound – Melodi
Sumber: TikTok