Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus menyelar kenyataan ‘isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai’ yang dikeluarkan oleh pempengaruh media sosial yang sinonim dengan konten kereta iaitu Abang Tesla.
Artikel Berkaitan: ‘Cara Terbaik Isteri Pertama Tak Marah, Tunggu Dia Mati’ – Ustaz Azhar Idrus
Artikel Berkaitan: ‘Ustaz Cakap Isteri Pertama Untuk Dihargai, Isteri Kedua Untuk Dicintai’ – Abang Tesla
Artikel Berkaitan: ‘Poligami Adalah Sesuatu Yang Allah Beri Untuk Perbetulkan Kesilapan’ – Netizen Migrain Baca Kenyataan Abang Tesla
Sah dah tak betul
Menerusi video di TikTok, Ustaz Azhar Idrus langsung tidak bersetuju selain mempersoalkan adakah kenyataan itu berlandaskan hadis yang sahih.
Isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai. Betul atau tidak? Jawapannya betul.. orang ini sudah tidak betul.
Ini hadis ke? Ini perkataan netizen. Hidup kita kena ikut hadis ke netizen? Ikut netizen sesat kamu jumpa api neraka.
Aku tinggalkan kamu dengan dua perkara. Selagi kau ikut dua perkara iaitu al-Quran dan hadis, maka kamu tidak akan sesat. Kalau tak ikut, pasti sesat.
Tambah Ustaz Azhar Idrus atau lebih mesra disapa UAI, kenyataan yang dikeluarkan itu boleh menyakiti hati isteri pertama.
Mana ada isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai. Sesuka hati saja cakap.
Kenapa nak cakap pelik-pelik? Ada pula untuk dihargai. Bukan.. jangan begitu. Siapa jadi isteri pertama dia jadi mangsa. Dah terasa hati orang. Apa benda status (kenyataan) bodoh macam ini?
Kena bertanggungjawab
@ustaz.azhar.idrus Isteri Pertama Untuk Dihargai, Isteri Kedua Untuk Di Cintai? @Ustaz Azhar Idrus Official #ustazazharidrusofficial #ustazazharidrus #uai #uaioriginal #tanyalahustaz #ustazazhar #malaysia #abangtesla ? Emotional – Bang Nono
Dalam pada itu, UAI menegaskan kedua-dua isteri yang dikahwini adalah tanggungjawab yang perlu digalas suami. Sekiranya tidak berlaku adil dalam berpoligami, suami akan disoal di akhirat nanti.
Sebenarnya kedua-dua isteri adalah tanggungjawab kita. Jadi akan ditanya di akhirat. Sebab itu Nabi kata suami yang baik bukan suami beristeri dua atau tiga. Tak kira seberapa ramai isteri dimiliki, asalkan harus, suami yang baik dan suami yang paling banyak berbuat baik kepada isterinya.
Kamu semua orang beriman, terbaik. Orang kafir, tidak baik. Kamu terbaik kerana kamu beriman. Tapi antara kamu yang beriman dan terbaik adalah yang paling baik dengan isteri dia.
Jadi kalau ucapan-ucapan kita menyebabkan bini sakit hati, adakah kita suami yang terbaik? Sepatutnya kita bercakap sesuatu perkara yang menyenangkan hati isteri, mesej sahaja menggembirakan hati.
Ini nak kahwin dua tapi rumah bini muda sampai tiga hari duduk, rumah isteri tua tak sampai sehari.
Sejak minggu lalu, Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam mengejutkan pengikutnya apabila dia mengumumkan telah bernikah kali kedua.
Menurut Abang Tesla, ada ustaz yang memberitahu dirinya bahawa ‘isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai.‘
Sumber: TikTok