Tindakan penyanyi kontroversi, Baby Shima melakonkan semula atau parodi sebahagian sesi temu bual seorang wanita dari Indonesia yang dikenali sebagai Mondy Tatto bersama selebriti media sosial, Caprice baru-baru ini telah mencuit hati netizen.
Artikel Berkaitan: Dakwa Diri Difitnah, Ustaz Ebit Lew Buat Laporan Polis
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tak Ada Masa Nak Reka Cerita & Bayar Mondy Tatto’ – Caprice
Parodi Mondy Tatto
Menerusi perkongsian di TikTok, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli dilihat ‘menconteng’ sebahagian wajahnya yang mana kelihatan seakan tatu.
Selain itu, Baby Shima turut memakai topi, rantai, cincin dan pakaian persis wanita terbabit.
Bertambah lucu lagi, apabila penyanyi itu turut menggunakan ‘sound’ yang diambil dari video asal ketika wanita terbabit sedang ditemu bual.
Netizen terhibur
Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas berasa terhibur dengan video parodi tersebut.
Malah, ada juga segelintir wargamaya yang mengatakan mereka hampir tertipu apabila menyangka itu adalah Mondy Tatto yang sebenar.
Terdahulu, wanita bertatu itu tampil membuat pendedahan yang mengejutkan ketika menjadi tetamu bagi sesi podcast yang dikendalikan oleh Caprice.
Antara pengakuan yang dibuat Mondy ialah dia mendakwa telah menjadi mangsa gangguan seksual pendakwah terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew yang dikatakan pernah ‘menyelamatkannya’ sewaktu di negara jiran tersebut beberapa bulan yang lalu.
Semalam, polis telah memulakan siasatan terhdap Caprice dan Mondy susulan laporan yang dibuat Ebit pada 18 September lalu. Menurut Ebit, pendedahan yang dilakukan disifatkan sebagai fitnah kepada dirinya.
Video
@babyshimaofficial Guyss….. mau cerita!!! hari pertama aku di gituin!!!! #babyshima #fyp #babytattoo ? original sound – Neng BabyShima
Sumber: TikTok