Seorang lelaki berkongsi detik cemas ketika dia menjadi antara saksi terawal yang cuba menyelamatkan mangsa nahas pesawat ringan terhempas di Lebuhraya Guthrie, Elmina petang semalam.
Artikel Berkaitan: ‘Adik Sayang Mama Sangat-Sangat’ – Perbualan Terakhir Juruterbang Nahas Elmina Bersama Ibu
Artikel Berkaitan: ‘Saya Dengar Penunggang Motosikal Beberapa Kali Menjerit Allahuakbar’
Masih terbayangkan arwah
Menerusi perkongsian di TikTok, lelaki tersebut yang merupakan seorang pemandu lori telah cuba untuk menyelamatkan salah seorang mangsa iaitu penunggang motosikal, Muhamad Hafiz Muhamad Salleh.
Dia kemudian bertindak pantas dengan memberhentikan kenderaan lalu mengambil alat pemadam api.
Kapal terbang terhempas depan mata saya.
Saya turun dari lori terdengar mangsa minta tolong. Saya ambil pemadam api yang ada di lori dan terus pergi dekat mangsa.
Bagaimanapun, alat pemadam api tersebut tidak mencukupi untuk memadam kebakaran pada tubuh mangsa.
Ketika itu mangsa masih bergerak, saya nak dekati mangsa tetapi masih ada barang-barang yang meletup.
Saya terus pergi tembak pemadam api pada badan mangsa, tetapi pemadam api saya tak cukup untuk padam kebakaran di badannya.
Lelaki itu turut meluahkan rasa sedih dan diselubungi perasaan serba salah kerana tidak dapat menyelamatkan penunggang motosikal tersebut.
Saya sudah cuba untuk menyelamatkan penunggang motosikal, maafkan saya. Al-Fatihah untuk arwah.
Saya tak sanggup tengok arwah merangkak sebut nama Allah.
Saya masih tak boleh tidur terbayangkan arwah.
Walau bagaimanapun, rata-rata warganet mengucapkan terima kasih dan menghargai usahanya menyelamatkan mangsa.
Dalam masa yang sama, mereka turut memuji tindakan pantas lelaki tersebut yang membuat panggilan kecemasan sejurus melihat insiden berkenaan.
Terdahulu, polis mengesahkan 10 individu maut dalam nahas pesawat ringan jenis Beechcraft Model 390 yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam pada jam 2.40 petang semalam.
Selain penunggang motosikal, seorang pemandu kereta turut terkorban ketika mangsa kebetulan melalui jalan Persiaran Elmina berhampiran susur Lebuhraya Guthrie.
@
Sumber: TikTok