Isteri kepada pelakon, Rusdi Ramli iaitu Sharon Paul memberi bayangan seolah-olah dia dan suami ketika ini sedang menghadapi masalah dalam melayari bahtera rumah tangga mereka.
Artikel Berkaitan: PU Abu Beri Bayangan Berpisah Dengan Kedua Isteri, Ain ‘Afini & Hana Azraa?
Artikel Berkaitan: Didakwa Bakal Bercerai Gara-Gara Berjudi RM10.2 Juta, Hyun Bin Ambil Tindakan
Bertahan demi anak-anak
Menerusi temu bual Melodi, Sharon berkongsi perkembangan terkini Rusdi yang dikatakan masih lagi aktif dalam dunia seni namun tidak bersemangat seperti dahulu.
Anak saya dah besar, suami saya Rusdi Ramli masih mengarah dan berlakon namun saya tak pasti apa yang berlaku. Saya tak tahu lah..dia tidak bersemangat.
Kalau saya, saya akan cuba teroka sesuatu, kalau tak boleh buat itu buatlah ini. Tapi saya tengok dia sendu je.
Dalam pada itu, komposer terkenal ini menegaskan bahawa dia dan Rusdi masih lagi bergelar suami isteri sekali gus menafikan dakwaan mereka tidak tinggal sebumbung.
Kami masih bersama dan masih berkahwin tetapi kami sedang melalui sesuatu sekarang. Mungkin sebab tak ada banyak kerja jadi dia pun ‘down’ dan saya tak boleh paksa cuma bagi dia masa dan ruang. Kita tengok macam mana nanti.
Ketika disoal tentang penceraian, Sharon berkata dia sama sekali tiada sebarang masalah untuk berpisah dan hanya menunggu ‘lampu hijau’ daripada suami.
Bagaimanapun, anak-anak adalah sebab utama dia dan aktor tersebut masih lagi mempertahankan rumah tangga mereka.
Bagi saya anak-anak adalah keutamaan, anak saya yang kecil berusia 11 tahun dan dia masih mahu kami menjadi satu keluarga. Jadi saya cuma tahan je lah.
Tapi saya rasa setiap perkahwinan akan melaluinya. Bukan bergaduh tetapi setiap pasangan perlu bagi ruang terhadap diri masing-masing.
Saya tunggu ‘green light’ daripada Rusdi Ramli je. Saya tak bergantung kepada apa-apa status dalam kehidupan saya, saya sudah berdikari dalam jangka masa yang lama.
Mungkin, seperti yang saya katakan tadi anak-anak adalah keutamaan. Selepas mereka habis sekolah ke..apabila mereka tak kisah kalau kami tidak bersama lagi.
Apa yang baik sekarang adalah Rusdi selalu berada di rumah dan saya selalu sibuk jadi dia akan menghantar anak-anak ke sekolah.
Sekadar info, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 2008 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Reo Ridza 14, dan Ryan Ridza, 11.
Rusdi sebelum itu pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki, Efiezal Ridza, 33.
@melodiberapi Alamak apa dah jadi?? Tak nak buat spekulasi nah dengarkan penjelasan Komposer Sharon Paul mengenai isu ini. #meloditv3 #ceritaartismalaysia #fyp??viral #tv3 #panas
Sumber: TikTok Melodi