Pelakon Syafiq Kyle mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut mengenai kemelut yang melibatkan dirinya dengan aktres, Mimi Lana.
Artikel Berkaitan: Syafiq Kyle, Mimi Lana Batal Akad Nikah 18 Ogos Ini
Artikel Berkaitan: ‘Lebih Baik Tunggu Dia Sendiri Cakap’ – Adik Syafiq Kyle
Harap tidak dibahaskan lagi
Ketika ditemui OhBulan!, aktor berumur 31 tahun berharap agar kontroversi perkahwinan mereka tidak lagi dibahaskan selepas ini.
Kata Syafiq, dia dan Mimi sudah menyelesaikan secara baik jadi tidak lagi perlu dibicarakan.
Saya ambil maklum dengan isu ini. Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua orang yang mengambil berat atas saya.
Saya harap isu ini tidak lagi diulas lanjut kerana perkara ini melibatkan banyak pihak.
Saya mengambil pendekatan ini untuk menghormati kedua belah pihak iaitu pihak saya dan Mimi dan menyelesaikan perkara ini dengan baik.
Saya harap perkara ini tidak lagi diulas lanjut ke peringkat seterusnya dan itulah jawapan saya.
Syafiq berkata demikian ketika majlis pelancaran Wayang Pacak bersama Tonton Original: Filem DOH yang diadakan di Taman Kolonial, Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur.
Selain Syafiq, filem DOH turut dibarisi pelakon lain antaranya Sherlyn Seo, Aida Amron, Fabian Loo dan Fariz Isqandar.
Filem arahan direktor yang berpengalaman dalam industri hiburan, Arif Zulkarnain dan Haris M. Nor sudah mula ditayang secara eksklusif di platform Tonton.
Fokus kerja dan keluarga
Sementara itu, ketika ditanya desas-desus yang mendakwa penyebab majlis perkahwinan tidak diteruskan berpunca dari dirinya, pemilik nama Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak menjawab, ‘soalan lain.’
Dalam pada itu, pelakon filem Polis Evo 3 menyatakan dia lebih memilih untuk memberi fokus terhadap keluarga dan kerja sahaja.
Buat masa sekarang saya mengambil ruang untuk fokus kerja dan keluarga.
Pada 11 Ogos lalu, pengurus Mimi iaitu Iman Tang menghantar satu mesej ringkas kepada tetamu dan jemputan khas memaklumkan majlis pernikahan dan resepsi Mimi Roziana dan Muhammad Syafiq Shamim yang dijadualkan 18 Ogos 2023 telah dibatalkan atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.
Difahamkan, majlis akad nikah pasangan itu sepatutnya diadakan pada sebelah pagi di Puncak Rimba, Bentong, Pahang dan majlis resepsinya pula bakal diadakan pada sebelah malam berkonsepkan acara dalam taman di lokasi sama.
Untuk rekod, Syafiq dan Mimi pernah putus cinta pada Mei 2020 selepas lima tahun bersama namun hubungan mereka kembali bertaut apabila berkongsi gambar majlis pertunangan di media sosial pada Januari lalu.
Video
@ohbulanofficial Pelakon Syafiq Kyle mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut. “Soalan lain”.. #ohbulan #sembangentertainment #syafiqkyle #tak #mahu #ulas #lanjut #mimilana