Sejak kebelakangan ini, rakyat Malaysia sering disuapkan dengan kemesraan pelakon Bella Astillah dan ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq di media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bella Astillah ‘Angau’ Tengok Syed Saddiq, Netizen Pula Dengar Macam Panggil ‘Baby’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syed Saddiq Kupas Udang Untuk Bella Astillah Bikin Ramai Cemburu – ‘Melting Betul Tengok Diorang Ni, Sweet!’
Kapsyen mengundang
Terbaharu, Saddiq memuat naik satu video di TikTok bersama ibu kepada dua orang cahaya mata itu.
Pun begitu, apa yang meraih perhatian orang ramai adalah kapsyen yang ditulis beserta lagu yang digunakan untuk video tersebut iaitu Sumpah Dan Cinta Matiku, nyanyian NIDJI.
Saya akan mendaki setiap gunung dan berenang di setiap lautan…
Menerusi muat naik tersebut, ahli politik yang mengenakan busana baju melayu itu berenang di laut sementara aktres berusia 31 tahun itu menunggunya di tepi.
‘Tidak kahwin, tiada undi’
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat mereka mula menyakat dengan berharap kisah Saddiq dan Bella berakhir ke jinjang pelamin.
Sesetengah daripada mereka juga turut mendoakan perkara yang baik berlaku kepada Saddiq dan Bella.
Sumber: TikTok