Sebelum ini, timbul dakwaan mengatakan pengarah sensasi, Syamsul Yusof sedang menjalin hubungan istimewa dengan wanita yang pemilik syarikat perusahaan permotoran.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Yusof Haslam Menangis Lagi, Rindu Syamsul – ‘Jangan Tunggu Sampai Bapa Sudah Tak Ada, Baru Nak Cari’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Sarah Tak Sihat, Syamsul Yusof Hadir ‘Support’ Hari Sukan Anak
Mungkin kenal masa beli kereta
Menerusi temu bual dengan Melodi, penerbit Datuk Yusof Haslam menyatakan dia juga terkejut serta tidak tahu menahu mengenai spekulasi yang timbul itu.
Kata Yusof, 69, dia enggan masuk campur namun tidak menolak berkemungkinan itu adalah foto lama Syamsul dengan wanita terbabit.
Sebenarnya, saya terperanjat tengok dalam TikTok. Saya dan isteri tak tahu menahu mengenai hubungan mereka.
Kami tak boleh komen sebab ia di luar pengetahuan. Mungkin tidak betul, mungkin masa Syamsul beli kereta dahulu. Jadi, Syamsul kenal pemilik dan anak perempuannya. Lagipun, saya tengok itu gambar lama.
@ohbulanofficial Sekali lagi Syamsul Yusof buat bapa menangis ?? #ohbulan #sembangentertainment ? original sound – OHBULAN!
Menjawab mengenai tindakan isterinya, Datin Patimah Ismail menyukai foto wanita itu di Instagram (IG), Yusof menegaskan itu bukan tanda merestui hubungan Syamsul.
Isteri saya letak tanda suka bukan bermakna merestui, tidak. Zaman siber sekarang orang boleh buat macam-macam andaian. Namun, kami pasrah sahaja.
Tak pilih menantu
Pemilik nama Mohd Yusof Md Haslam Khan turut menyangkal dakwaan yang mengatakan dia dan isteri memilih menantu yang setaraf dengan kekayaan.
Jangan kaitkan nama isteri kononnya merestui hubungan sebab wanita berkenaan orang kaya, sama taraf. Saya dan isteri tak pernah anggap kami kaya. Siapa sahaja pilihan anak, kami terima.
Tak pernah ada dalam kamus hidup kami nak pilih menantu kaya. Kami hamba Allah, dulu pun siapa kami. Jangan kaitkan soal kaya dan nak samakan taraf dengan pilihan anak. Demi Allah tak pernah.
Dalam pada itu, pemilik syarikat produksi Skop Production sentiasa mendoakan kebahagiaan rumah tangga Syamsul dengan Ira Kazar.
Saya tak pernah doakan begitu (bercerai). Bagi saya, setiap orang ada kehidupan masing-masing. Syamsul dan Ira sudah jadi suami isteri, soal nak madu atau dimadukan, itu bukan urusan saya.
Lagipun, saya sudah lama tak jumpa Syamsul. Sebagai orang tua, kami hanya mengharapkan Syamsul dapat keredaan Allah. Mudah-mudahan Syamsul dan isteri bahagia dalam kehidupan rumah tangga.
Sumber: Melodi