Foto: Harian Metro
Tular baru-baru ini kisah seorang pemuda yang menanggung hutang lebih RM1 juta semenjak dua tahun lalu akibat terpedaya dengan pelaburan mata wang digital.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Apakah Perbezaan Anda Dengan Firaun’- Hazeman Huzir ‘Dakwahkan’ Penyanyi Baru
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Penat Kena Friendzone, Lelaki Pasang Banner Dekat Pekan, Sebar Flyers Cari Jodoh, Siap Tawar RM10K!
Mengambil tanggungjawab
Foto: Harian Metro
Ariff Peter atau nama sebenarnya Ariff Luqman Peter Lisut mengakui tersilap langkah dengan mempercayai bahawa pelaburan yang menggunakan dirinya sebagai ‘duta’ itu dapat membantu orang ramai.
Difahamkan dia sama sekali tidak menyangka bahawa individu yang terlibat dengan pelaburan berkenaan menghilangkan diri manakala mangsa penipuan pula mendesak wang mereka dipulangkan.
Susulan itu, dia yang juga merupakan seorang penyanyi baharu telah mengambil tanggungjawab untuk membayar semula wang mangsa dengan menjual penternakan lembu, tiga buah kereta dan dua buah rumah.
Saya mahu teruskan kehidupan dengan selesa dan selamat, jadi saya ambil tanggungjawab bayar wang mangsa dengan jual semua aset saya, cuma yang tinggal hanya Proton Wira ini saja yang digunakan untuk bekerja dan tidur.
Walaupun jual semua aset, ia tidak cukup bayar hutang, malah saya melakukan pelbagai kerja untuk lunaskan bakinya. Sebab itu saya tidak sewa rumah atau bilik kerana tanggungan saya terlalu berat.
Kehidupan dulu jauh lebih baik daripada sekarang. Saya ada perniagaan ternakan lembu dan pembersihan dengan beberapa pekerja, tetapi kini segalanya berubah malah saya tinggal dalam kereta selain mandi di tandas stesen minyak.
Masih bekerja keras
Dalam pada itu, walaupun dia sudah sebulan mendapat pekerjaan tetap namun Ariff masih meneruskan kerja-kerja sampingan dengan hutang yang masih berbaki RM100,000.
Tiga bulan pertama sukar biasakan diri, tetapi sekarang, saya sudah biasa dan selesa, asalkan dapat tidur dan berlindung dari hujan dan panas, saya sudah bersyukur.
Saya tidur di mana-mana dan sejak kerja tetap sebulan lalu, saya tidur dekat pejabat setiap Isnin hingga Jumaat dan waktu malam, saya sambung kerja sampingan, manakala hujung minggu buat kerja muzik di studio rakan.
Apa saja kerja boleh dilakukan akan saya buat asalkan dapat wang halal. Kira-kira 90 peratus daripada gaji serta hasil kerja sampingan digunakan untuk membayar hutang.
Sementara itu, pemuda berusia 27 tahun ini menegaskan bahawa dia tidak malu untuk berkongsi kisahnya di media sosial malah menggunakan platform tersebut untuk memperoleh peluang pekerjaan.
Tujuan saya mahu iklankan perkhidmatan dan harap netizen beri peluang dengan mendapatkan khidmat yang saya tawarkan.
Saya buat kerja bukan minta sumbangan dan sejak tular di TikTok, saya dapat banyak kerjadan yakin dapat selesaikan baki hutang dalam masa terdekat ini.
@ariffpeter Replying to @akukaya Betul, aku mula daripada bawah balik tetapi kali ini dengan pengalaman ???
Sumber: Harian Metro, TikTok Ariff Peter